Pian Cecupak meninggal dunia di Sentul akibat sakit jantung


  • Hiburan
  • Rabu, 26 Jan 2022

ALLAHYARHAM Pian Cecupak sebelum ini disahkan menghidap sakit jantung pada 2018. — Facebook

PELAWAK, Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul pada malam Rabu.

Menurut seorang daripada ahli keluarga Allahyarham, pelawak yang berusia 51 tahun itu meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam Rabu.

Difahamkan, Allahyarham sebelum itu ditemukan terjatuh di dalam tandas dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Untuk rekod, Allahyarham sebelum ini pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Oktober 2018 kerana mengalami sesak nafas.

Susulan itu, Allahyarham disahkan mengalami sakit jantung dan perlu bergantung pada ubat-ubatan.

Allahyarham sebelum ini memulakan kerjaya seninya menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum dikenali sebagai pelawak bersama kumpulan Cecupak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram