INDIVIDU yang mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit lebih teruk dan juga kematian akibat Covid-19.
Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pemakanan, Sekolah Kesihatan Awam Global Carolina Gillings, Universiti North Carolina mendapati bahawa individu dengan masalah obesiti mempunyai 46 peratus risiko lebih tinggi untuk dijangkiti Covid-19.
Menurut kajian itu lagi, mereka juga lebih berisiko untuk mendapat sakit yang lebih teruk, dan berdepan kemungkinan 113 peratus lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.
Selain itu, golongan berkenaan juga 74 peratus lebih berisiko untuk dimasukkan ke ICU dan mempunyai lebih 48 peratus risiko untuk mati akibat Covid-19.
Pengarang bersama kajian berkenaan, Barry Popkin berkata, risiko berkenaan adalah disebabkan oleh sifat biologi tubuh badan manusia.
"Risiko meningkat dan semakin menaik dengan setiap kenaikan berat badan.
โSel lemak adalah sel hidup, dan sebaik sahaja anda mula mengumpulnya, ia pada dasarnya memberi kesan negatif kepada sistem imun anda,โ katanya.
Katanya, sel lemak menyebabkan berlakunya keradangan yang kronik dan darah juga lebih mudah membeku dalam tubuh individu yang mengalami obesiti.
Jisim tisu yang besar di bawah diafragma menyebabkan jantung bekerja lebih keras dan lemak di perut serta hati mengeluarkan bahan kimia sitokin yang menyebabkan kerosakan tisu dan masalah vaskular tambahan.
Kesemua masalah itu boleh menyebabkan Covid-19 jauh lebih teruk. โ Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram