Manusia boleh hidup tanpa perut


  • Sihat
  • Selasa, 04 Jan 2022

MANUSIA masih boleh hidup selepas sebahagian atau kesemua bahagian perut. — The Star

TAHUKAH ANDA, manusia masih boleh hidup selepas perut dibuang.

Pembedahan untuk membuang sebahagian atau kesemua bahagian perut dipanggil sebagai pembedahan gastrectomy.

Pembedahan gastrectomy biasanya dilakukan untuk merawat kanser perut dan dalam beberapa kes obesiti yang mengancam nyawa.

Berdasarkan maklumat daripada laman web National Health Service (NHS) United Kingdom, selepas menjalani prosedur pembedahan membuang perut, sistem penghadaman seseorang masih berfungsi, tetapi ia tidak akan berfungsi dengan baik seperti sebelumnya.

"Anda akan mencerna makanan dan cecair dengan lebih banyak.

"Namun, anda perlu mengubah diet anda dengan makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan bukannya makan besar tiga kali sehari," jelas NHS.

Pengambilan suplemen dan vitamin untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi juga diperlukan.

Ini kerana salah satu fungsi perut adalah untuk menyerap vitamin terutamanya vitamin B12, C dan D.

"Jika seluruh perut anda dikeluarkan, tubuh badan anda mungkin tidak lagi mendapat semua vitamin daripada diet anda," kata NHS. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram