Skrub badan mampu tingkat keyakinan diri


  • Sihat
  • Jumaat, 07 Jan 2022

LULUR badan dipercayai cara terbaik untuk berehat dan mengurangkan tekanan. — Agensi

SEMUA orang pasti ingin memiliki kulit bersih, cantik dan berseri kerana ia melambangkan sikap seseorang yang menitikberatkan penjagaan diri serta menyayangi tubuh mereka sendiri.

Skrub atau lulur badan dipercayai boleh membantu dalam memberi kilauan pada kulit anda tidak kira sama ada ia dilakukan di spa atau di rumah.

Selain menyabun badan ketika mandi, anda juga boleh melakukan skrub di rumah sendiri tanpa perlu menghabiskan ratusan ringgit gaji anda untuk pergi ke spa pada setiap bulan.

Berikut adalah lima sebab mengapa anda perlu melakukan skrub badan:

1. Menanggalkan sel kulit mati

Terdapat banyak produk dan perkhidmatan yang boleh mengubah tekstur dan rupa kulit anda. Namun, lulur badan mampu menanggalkan kulit mati dan membuatkan kulit anda menjadi sihat dan berseri. Tambahan pula, ia penting bagi individu yang mempunyai kulit menggelupas dan sering terdedah di bawah cahaya matahari.

2. Penampilan baharu bagi meningkatkan keyakinan

Apabila sel-sel kulit mati dibuang, kulit yang kelihatan kasar dan kekotoran dibuang sekali gus. Mereka yang mengalami perubahan warna kulit akibat jeragat sering mendapati bahawa lulur badan sebagai jalan penyelesaian. Apabila kulit bersih dan terasa hebat, keyakinan anda selalunya akan bertambah baik serta-merta.

3. Menggalakkan penghidratan kulit

Selepas melakukan skrub badan, kulit anda akan dapat menyerap pelembap dengan lebih baik. Penggunaan pelembap selepas skrub akan membuatkan kulit anda berasa lembut dan anjal. Perubahan ketara akan berlaku serta-merta apabila anda melembabkan kulit setiap hari.

4. Membersihkan Jeragat

Lulur badan bukan sahaja menjadikan kulit bersinar dan cantik, tetapi juga meningkatkan kesihatan kulit anda. Apabila kulit mati terkumpul, ia boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan jeragat muncul di permukaan kulit anda. Pengelupasan kulit dan membuang kulit mati selalunya mengurangkan kehadiran jerawat di badan.

5. Mengurangkan Tekanan

Aktiviti menyental badan ditambah pula dengan urutan dan rawatan muka adalah cara terbaik untuk berehat dan melepaskan tekanan. Pengalaman spa yang menenangkan membantu minda dan badan anda pulih daripada musim yang tidak diingini dan bersedia untuk musim baharu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sihat, skrub, lulur, badan, keyakinan, bersih, kulit