DI saat beberapa negeri di Malaysia kini berdepan situasi banjir yang semakin meruncing, orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada ketika berada di kawasan dinaiki air.
Selain risiko kerosakan harta benda, terdapat ancaman lain yang tidak kurang merbahaya ketika musim banjir.
Satu perkongsian di laman Threads memberi amaran tentang kehadiran haiwan berbisa yang turut mencari tempat berlindung akibat paras air yang meningkat.
BACA LAGI: Inkues Zara Qairina: Tiada kebenaran pelajar siasat sendiri kes curi di asrama — Saksi
BACA LAGI: [VIDEO] Jaring gol kemenangan sulung Sabah, sanggul rambut Daniel Ting jadi 'sasaran' lepas geram

Tangkap layar memaparkan kehadiran haiwan berbisa yang mencari tempat berlindung akibat paras air yang meningkat.
Fenomena itu jelas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang terjejas.
Menurut pemilik hantaran, @amirulhailmi, kawasan rumahnya yang mulai dinaiki air menyebabkan haiwan berbisa itu naik ke tempat yang lebih tinggi.
Katanya, tiang dan pagar rumah menjadi menjadi sasaran haiwan tersebut untuk berlindung.
“Takutnya tengok tiang-tiang pagar rumah. Rumah dinaiki air, pagar dinaiki makhluk-makhluk berbisa,” tulisnya dalam satu perkongsian yang kini mendapat perhatian pengguna media sosial.
Dia turut mengingatkan orang ramai, khususnya mereka yang tinggal di kawasan terjejas agar tidak terlalu teruja bermain air banjir tanpa mengambil kira risiko keselamatan.
Katanya, bahaya boleh muncul tanpa disedari.
“Hati-hati sahabat-sahabat yang duduk di kawasan banjir. Jangan excited main air,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia sendiri pernah ternampak seekor ular sedang menjalar di atas pagar rumah ketika paras air mulai naik.
Namun, situasi itu dikatakan berlaku terlalu pantas sehingga dia tidak sempat merakam kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
