[VIDEO] Tiba-tiba berhenti tengah jalan, mentaliti-skil 2 pemandu berbeza hampir cetus nahas di Sarawak


  • Tular
  • Selasa, 14 Okt 2025

Tangkap layar menunjukkan pemandu lori simen tersebut cuba untuk mengelak daripada melanggar perodua Bezza berkenaan.

TINDAKAN mengejut sebuah kereta Perodua Bezza yang berhenti secara tiba-tiba di tengah laluan utama Jalan Stephen Yong, Kuching, Sarawak mencuri perhatian warga maya selepas video kejadian itu tular di media sosial sejak Isnin.

Dalam video berdurasi 15 saat tersebut, kelihatan sebuah Perodua Bezza berwarna Garnet Red yang dipercayai dipandu seorang wanita berhenti tepat di belakang sebuah lori simen.

Tindakan mengejut itu hampir menyebabkan kemalangan apabila lori simen yang berada di belakang hampir melanggar kereta Bezza tersebut.

BACA LAGI: Polis sahkan tiada unsur buli, rampas 2 barang kes tikam pelajar perempuan Tingkatan 4

BACA LAGI: [VIDEO] Dua beradik di Taiping gigih bantu ibu, promosi gerai nasi lemak ala-ala 'influencer'

Namun nasib menyebelahi pemandu lori simen apabila dengan skil pemanduan yang cekap, dia berjaya mengawal kenderaan dan mengelak daripada berlanggar walaupun keadaan agak tidak seimbang.

Begitupun, kereta Bezza tersebut dilihat masih berhenti di tengah jalan dengan lampu kecemasan dihidupkan, tetapi tiada maklumat jelas mengapa pemandu kereta tersebut berhenti secara tiba-tiba.

Susulan kejadian itu, ramai pengguna media sosial memuji kepantasan dan kemahiran pemandu lori simen yang berjaya mengelak kemalangan tersebut.

Skill driver lorinya mantap,” kata Andrew Kennyson.

“Tahniah driver lori, skil driver memang terbaik,” ujar Apiqq Schapiqq.

“Hebat drive lori itu, cekap nak elak kereta Bezza itu, nasib tak berlaku kemalangan,” tambah Ronald.

Setakat ini, punca sebenar tindakan mengejut pemandu Perodua Bezza masih belum diketahui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram