Polis sahkan tiada unsur buli, rampas 2 barang kes tikam pelajar perempuan Tingkatan 4


  • Kes
  • Selasa, 14 Okt 2025

Hasil siasatan awal mendapati terdapat beberapa tikaman di bahagian badan mangsa. — Gambar hiasan

POLIS mengesahkan tiada sebarang unsur buli dalam kejadian tragis melibatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut dipercayai ditikam pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 16 tahun itu mengalami beberapa tikaman di bahagian badan dan dipercayai dibunuh berhampiran kawasan tandas perempuan.

Katanya lagi, dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan turut dirampas pihak polis.

BACA LAGI: 'Zaman paling senang fitnah dilahirkan', doktor tepis dakwaan suami jadi punca kematian pensyarah UiTM

BACA LAGI: [VIDEO] Dua beradik di Taiping gigih bantu ibu, promosi gerai nasi lemak ala-ala 'influencer'

“Setakat siasatan yang telah dijalankan, saya mengesahkan tiada unsur buli berlaku dalam kejadian ini.

“Kita telah merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini. Jenis senjata akan dikenal pasti selepas siasatan lanjut.

"Kecederaan tikaman (didapati di bahagian badan mangsa). Apabila laporan bedah siasat keluar nanti, kita akan tahu berapa jumlah tikaman sebenar.

"Namun siasatan lanjut akan diteruskan sekiranya terdapat perkembangan baharu,” katanya dalam sidang media.

Beliau turut memaklumkan bahawa mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat, manakala motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram