
KASIH sayang dan keikhlasan dua beradik membantu ibu mereka mencari rezeki meraih perhatian ramai selepas video mereka mempromosikan perniagaan nasi lemak berlauk tular di media sosial.
Menerusi rakaman yang dikongsikan di Facebook, kelihatan seorang adik perempuan merakam abangnya yang dengan penuh semangat memperkenalkan satu per satu lauk pauk jualan ibu mereka.
Menurut info awal, nasi lemak berlauk itu dijual di Port Lepak Yong Tau Foo Sup yang terletak di Taiping, Perak.
BACA LAGI: FIFA tak persoal prosedur JPN tapi kelayakan 7 pemain warisan — Khairi
Walaupun masih kecil, usaha dua beradik itu menyentuh hati warga maya apabila mereka gigih membantu mempromosikan perniagaan keluarga melalui media sosial bagi meringankan beban ibu mereka.
Video berdurasi 25 saat itu turut dipenuhi komen positif daripada warga maya yang terharu dengan keikhlasan dan semangat mereka.
“Terharu tengok anak-anak sekecil ini sudah pandai tolong ibu cari rezeki. Semoga dimurahkan rezeki selalu,” kata Nur Aminah.
"Semoga dua beradik itu berjaya dalam semua bidang pendidikan yang mereka ceburi dan pelajari, buat keluarga mereka semoga dipermudahkan segala urusan berniaga dan dimurahkan rezeki dunia akhirat," kata Faiza Comot.
"Mahalnya didikan orang tua mereka, moga ALLAH kurniakan rezeki, umur yang panjang dan ilmu yang berkat kepada seluruh keluarga mereka," kata Ku Atif Ku Aziz.
Susulan video yang tular itu, ramai menyeru penduduk setempat agar sama-sama menyokong dengan membeli nasi lemak berkenaan, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi keluarga tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram