
TULAR di media sosial apabila sebuah mesin PayWave dipasang di pintu tandas sebuah bangunan kerajaan di Kedah bagi mengenakan caj RM1 untuk setiap penggunaan.
Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada warga maya selepas seorang pengguna Facebook, Abu Bakar TE, yang memuat naik gambar papan tanda di Urban Transformation Centre (UTC) Alor Setar, Kedah.
Menerusi hantaran tersebut, Abu Bakar seolah-olah terkejut dengan sistem moden yang digunakan di premis kerajaan itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Skil tipu baki tak menjadi, taktik cuba perdaya penjaga kedai runcit 'makan diri'
BACA LAGI: Kisah berbeza 2 bintang ‘terperap’ JDT, seorang bergelut seorang lagi terus konsisten
“First time masuk tandas kena tap kad bank,” tulisnya ringkas.
Menariknya, walaupun papan tanda itu hanya menyebut bayaran melalui kad bank, mesin berkenaan turut memaparkan kod QR, menunjukkan bayaran menggunakan aplikasi e-wallet juga diterima.
Setakat ini, hantaran itu telah meraih lebih 870 tanda suka dan ratusan komen daripada warga maya, kebanyakannya tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.
Ramai berpendapat sistem tersebut mempunyai kelemahan kerana ada pengguna yang mungkin mengambil kesempatan dengan ‘menyelit’ masuk selepas orang lain membayar.
“UTC Alor Setar ni, yang best-nya saya dah tap kad bayar, pintu buka...lepas tu orang belakang ramai-ramai ikut masuk. Tak patut betul,” kata Hakimi Zubir.
“Teknologi makin maju tapi yang tak best bila saya dah tap, orang belakang pulak ikut sekali,” tulis Amran Aman pula.
“Tak peliklah kalau satu orang dah bayar, tapi yang ikut masuk belakang pun ramai,” ujar Mohd Haziq pula.
Walaupun niat asal pemasangan mesin tersebut mungkin bagi memudahkan urusan tanpa tunai, ramai beranggapan pelaksanaannya masih perlu dipertingkatkan bagi elak penyalahgunaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram