Bekas import Selangor makin berkarat, guris hati fans Cik Siti Wan Kembang


  • Podium
  • Isnin, 18 Ogos 2025

Meskipun menurunkan penyerang berpengalaman, Kelantan WTS FC tetap gagal meraih kemenangan ke atas Armed Forces FC. — Facebook/WTSFC

PENYERANG veteran, Francis Forkey Doe menjadi sasaran kritikan penyokong selepas gagal menampilkan prestasi meyakinkan dalam penampilan sulungnya bersama Kelantan Wan Tendong Stable FC.

Dalam aksi Liga A1 Semi Pro 2025/2026 menentang Armed Forces FC di Stadium Mindef, Kuala Lumpur pada Ahad, penyerang berusia 39 tahun itu gagal mencatat sebarang gol, sekali gus menyumbang kepada kekalahan 1-2 pasukannya.

Forkey Doe yang pernah mencuri tumpuan ketika bersama Selangor suatu ketika dahulu, kali ini dilihat bergelut di bahagian serangan dengan barisan pertahanan Armed Forces FC berjaya menyekat hampir setiap gerakannya.

BACA LAGI: Bezanya Pak Ngah-Kipre, waima bersama kelab sekarang mahupun terdahulu

BACA LAGI: [VIDEO] Dua kali ‘petik’ pakai lutut, Sultan Pahang tunjuk skil main sepak takraw bersama rakyat di Pulau Tioman

Bekas penyerang Selangor, Forkey Doe gagal menampilkan prestasi seperti yang diharapkan oleh penyokong Kelantan. Facebook/WTSFC

Prestasi hambar itu nyata mengecewakan penyokong Negeri Cik Siti Wan Kembang yang mengharapkan sesuatu daripada penyerang berpengalaman itu.

Malah, segelintir penyokong menganggap Forkey Doe, yang kini berusia 40 tahun, sudah tidak mampu menyumbang kepada pasukan kerana faktor usia yang semakin meningkat.

"Semua pasukan Kelantan suka ambil pemain yang hebat tujuh lapan tahun lalu, tapi sekarang usia sudah tua, tak larat dan jauh dari prestasi sebenar," kata Ismail Wan.

"Kenapa nak ambil pemain zaman 2013? Liga luar pun tak mahu ambil pemain tua. Mungkin faktor umur juga, susah nak lari," ujar Airil Ril.

"Sudah tak relevan. Umur 40 tahun, mana larat nak lari laju-laju," tambah Afiq Mann.

Dengan musim baharu masih di peringkat awal, Forkey Doe kini perlu segera membuktikan kemampuannya atau berdepan risiko kehilangan kepercayaan penyokong dan tempat dalam kesebelasan utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram