[VIDEO] VMY 2026: KLIA tak terkecuali, cacat pemandangan akibat dipenuhi warga asing tidur, melepak tunggu masa berlepas


  • Massa
  • Ahad, 17 Ogos 2025

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan individu dipercayai warga asing tidur dan melepak di kawasan terminal.

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang, Selangor menjadi perhatian warga maya selepas tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai warga asing tidur dan melepak di kawasan terminal.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan berkaitan imej negara, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Rakaman video berdurasi 21 saat yang dimuat naik pengguna TikTok, @xnarcositax itu menunjukkan beberapa individu warga asing berbaring di sekitar kawasan bangunan satelit KLIA2.

BACA LAGI: Kes serangan anak Rafizi: Bukit Aman ambil alih siasatan

BACA LAGI: Pakej cuti khas jururawat Sibu-Bintulu: Tiket serendah RM138, diskaun hotel 10 peratus

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Fenomena penumpang berehat atau tidur sementara menunggu waktu penerbangan bukanlah perkara asing di lapangan terbang seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Namun, apabila dilakukan secara terbuka dan dalam jumlah yang ramai, ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap tahap pengurusan, kebersihan dan keselamatan lapangan terbang.

Difahamkan, ramai pelancong memilih untuk bermalam di lapangan terbang bagi menjimatkan kos penginapan dan memudahkan urusan penerbangan awal pagi, terutama dalam mereka yang sudah berkeluarga atau pelancong bajet.

Walau bagaimanapun, kebimbangan mula timbul apabila perbuatan itu dilihat boleh mencacatkan pemandangan dan mencetuskan ketidakselesaan kepada penumpang lain, terutamanya pelancong luar negara.

Situasi itu dilihat boleh menjejaskan imej negara sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa sekiranya tidak ditangani dengan baik menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram