[VIDEO] Gempa bumi Rusia: Berdepan detik cemas, 4 pakar bedah tetap fokus selamatkan pesakit kanser


  • Benua
  • Khamis, 31 Jul 2025

Tangkap layar menunjukkan beberapa pegawai perubatan dilihat berpaut pada peralatan perubatan dan memegang pesakit ketika gempa berlaku.

SATU gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegarkan Semenanjung Kamchatka di timur jauh Rusia awal pagi Rabu, menjadikannya antara gempa paling dahsyat pernah direkodkan di rantau itu.

Gempa bumi tersebut turut mencetuskan gelombang tsunami setinggi empat meter (12 kaki) di sepanjang pesisir Lautan Pasifik, memaksa pemindahan penduduk di kawasan pantai sebagai langkah keselamatan.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial memaparkan bangunan turut bergegar kuat ketika gempa bumi melanda.

BACA LAGI: [VIDEO] Dibuli senior, doktor murung berkurung dalam bilik bertahun-tahun di Tawau

BACA LAGI: NFA tak bermakna kes serangan asid Faisal Halim tidak boleh disiasat lagi — Azalina

Antara yang mencuri perhatian ialah kejadian dramatik di sebuah hospital di Kamchatka yang memperlihatkan kecekalan dan ketenangan pasukan perubatan dalam situasi cemas.

Dalam rakaman dari sebuah bilik pembedahan, pegawai perubatan dilihat berpaut pada peralatan perubatan dan memegang pesakit ketika gempa berlaku.

Meskipun suasana panik jelas kelihatan, mereka kekal tenang dan profesional.

Selepas gegaran berhenti, pembedahan diteruskan dan berjaya diselesaikan tanpa sebarang komplikasi.

Pesakit kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses pemulihan, menurut laporan media tempatan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pesakit sedang dirawat, namun melihat kepada laporan semasa, kejadian dirakam dalam sebuah hospital yang khas ditubuhkan bagi merawat penghidap kanser. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram