
PAPAN tanda yang diletakkan di tepi jalan berfungsi untuk memberikan petunjuk kepada pengguna jalan raya di mana mereka sedang berada.
Namun begitu, papan tanda yang sepatutnya menyampaikan maklumat gagal berfungsi apabila dia sering dicemari dengan perbuatan vandalisme oleh orang awam.
Baru-baru ini, tular, seorang penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab menampal pelekat pada papan tanda di Cameron Highlands, Pahang.
BACA LAGI: 'Kami rasa terhina', bomba kecewa selepas berusaha 'selamatkan' Ija
BACA LAGI: Hisap jari, jelir lidah tak semestinya bayi lapar, ketahui maksud 3 refleks semula jadi
Tindakan tersebut jelas dikesali kerana dikatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah pun membersihkan papan tanda tersebut yang sebelum ini dipenuhi dengan pelekat.
"Semalam baru tengok video PBT turunkan papan tanda penuh pelekat. Hari ni tampal dekat tempat lain pula.
"Perangai memang tak boleh tengok benda elok ke?," kongsi laman Perak Press.
Apa yang disuarakan itu turut disokong oleh warganet lain yang berpendapat PBT wajar menyediakan papan tanda kosong untuk membolehkan mereka yang gemar menampal meletakkan pelekat mereka.
"Pergi ride tapi lupa bawak otak sekali. Dia punya bodoh bukan main main," kata Fatihah Bahrudin.
"Letaklah papan tanda kosong untuk tampal pelekat je, itu saja penyelesaiannya," komen Mazzian Kamal.
"Sediakan satu panel papan tanda kosong lekatkan apa yang mereka nak lekat," cadang Nasaruddin Johari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram