[VIDEO] Tun M dibenar keluar IJN selepas alami keletihan ketika sambut ulang tahun kelahiran ke-100


  • Massa
  • Ahad, 13 Jul 2025

Tangkap layar menunjukkan Tun Dr Mahathir kelihatan letih selepas berkayuh basikal selama hampir 30 minit.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal pagi Ahad selepas mengalami keletihan ringan.

Program santai yang berlangsung di Tasik Putrajaya, bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir yang ke-100 pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Julai.

Dr Mahathir, yang juga Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, tiba di lokasi sekitar pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum menyertai aktiviti kayuhan basikal secara tandem di sekitar tasik.

BACA LAGI: [VIDEO] Ketika Rusia rancak menyerang, doktor Ukraine nekad bawa jantung baru mahu selamatkan pesakit kanak-kanak

BACA LAGI: Waspada taktik licik warga asing si tukang rumah 'segera', ugut pelanggan jika lapor polis

Beliau diiringi oleh pegawai keselamatan khas sepanjang kayuhan sejauh lapan hingga sembilan kilometer itu.

Namun, sebaik sahaja tamat berbasikal, beliau dilihat sedikit keletihan dan berehat seketika di sebuah kerusi sebelum beredar dari program kira-kira pukul 10 pagi, tanpa sempat beramah mesra atau bergambar bersama para pengunjung.

Difahamkan, Dr Mahathir dan isteri memilih untuk pulang lebih awal bagi berehat di kediaman mereka.

Program yang turut disertai lebih 500 orang itu menyaksikan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang membawa juadah masing-masing untuk bersarapan secara santai bersama keluarga di tepi tasik.

Sementara itu, kebimbangan mengenai tahap kesihatan Dr Mahathir turut dizahirkan oleh warga maya selepas mengetahui beliau berkayuh basikal selama hampir 30 minit dalam usia yang mencecah satu abad.

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN buat sementara waktu disebabkan keletihan dialami dalam acara tersebut.

Ramai warga maya berharap agar Tun Mahathir yang kini berusia 100 tahun, dapat terus berehat di rumah dan tidak lagi melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatannya.

"Siapalah punya idea minta Tun Mahathir berbasikal? Umur macam beliau ini sepatutnya berehat saja, yang buat event ini pun tak fikir, kesian Tun M," kata @LILI.

"Pendapat saya, Tun Mahathir sudah letih dan kena rehat dari event, sempena sambutan hari lahir Tun ke-100 tahun ini banyak event kena hadir, mesti tak cukup rehat nanti," kata @evelynffy.

"Dalam usia yang menjengah 100 tahun ini, adalah sangat tidak patut untuk melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal, orang tua-tua ini kena banyak berehat, bagilah Tun Mahathir masa untuk rehat," kata @Nazli_Mansor.

Keletihan dialami itu kemudian menyaksikan Tun Mahathir terpaksa berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas terpaksa meninggalkan acara itu lebih awal.

Perkara tersebut disahkan pembantunya, Sufi Yusoff yang mengesahkan perkara tersebut kepada pihak media atas sebab faktor kesihatan dan memerlukan rehat mencukupi.

Namun, dalam perkembangan terbaru, bekas Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh negara itu sudah dibenarkan keluar dari IJN pada kira-kira pukul 4.45 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram