
SEBUAH syarikat berpangkalan di Hyderabad, India tular di media sosial sejak Sabtu selepas membuat keputusan melantik anjing baka Golden Retriever sebagai pekerjanya.
Harvested Robotics, sebuah syarikat teknologi memperkenalkan anjing yang diberi nama Denver itu menerusi aplikasi LinkedIn sebagai Ketua Pegawai Kebahagiaan (CHO).
Pengasas bersama syarikat berkenaan, Rahul Arepaka turut memuat naik gambar Denver yang memikat hati ramai.
BACA LAGI: Angkara nama sama, mahkamah tersilap bebas banduan rogol budak lelaki 9 tahun
BACA LAGI: Selepas umum keluar Umno, PKR belum terima permohonan rasmi Tengku Zafrul — Fuziah
"Memperkenalkan pekerja baharu kami, Denver. Dia tiada kod dan tidak peduli. Dia hanya muncul, mencuri hati dan kekalkan tenaga.
"Kami juga secara rasmi mesra haiwan peliharaan dan ia adalah keputusan terbaik," katanya.
Rata-rata warga maya turut memuji tindakan Rahul bagi mewujudkan suasana ceria atau mood boster di pejabatnya.
Ada juga yang beranggapan bahawa ia merupakan idea kreatif pada masa sama dapat memupuk sifat kasih sayang terhadap haiwan.
Dengan kehadiran Denver di pejabat, Harvested Robotics mungkin mampu menetapkan standard 'emas' dalam budaya korporat yang kreatif dan penuh belas kasihan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram