[VIDEO] Kecoh muka Presiden Perancis ditampar isteri, alasannya sekadar gurauan


  • Benua
  • Selasa, 27 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan tangan Brigitte yang dilihat menampar wajah Macron ketika lawatan rasmi di Vietnam. — Agensi

NAMA Presiden Perancis, Emmanuel Macron menjadi perbualan hangat selepas video 'dikasari' isterinya, Brigitte, ketika lawatan rasmi di Vietnam tular di media sosial.

Video itu memaparkan muka Macron ditolak dan seolah-olah ditampar oleh isterinya ketika bersedia untuk turun dari pesawat.

Situasi tersebut sekali gus mencuri tumpuan serta mencetuskan spekulasi mengatakan bahawa pasangan suami isteri itu sedang bertengkar.

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal ketika cari rezeki, lelaki maut dihempap buah sawit di Ijok

BACA LAGI: Hanya jumpa skuter elektrik dan beg bekal, ibu rayu bantu jejak anak gadis OKU hilang di Puncak Alam

 

 

 

 

Susulan kejadian itu, Macron tampil memberi penjelasan bagi menghentikan dakwaan tidak benar tentang isterinya.

Macron memberitahu bahawa adegan itu hanyalah sekadar gurauan dan menunjukkan hubungan akrab mereka berdua.

"Video yang menunjukkan saya bergurau dengan isteri, tetapi tiba-tiba ia menjadi seolah-olah satu bencana dengan pelbagai teori pelik muncul.

"Video itu memang asli, tetapi ia telah disalahgunakan. Ramai orang menyebarkan pelbagai tafsiran tidak masuk akal," jelasnya.

Ketika lawatan itu, Perancis dan Vietnam juga berhasil menandatangani perjanjian melibatkan pesawat Airbus bernilai £7.55 bilion (RM43 bilion) pada Isnin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram