
PEMAIN sepak takraw Indonesia, Rusdi menarik perhatian peminat sukan bola rotan itu apabila dilaporkan berlatih menggunakan jaring bola tampar dalam usaha memantapkan kemahiran rejamannya.
Memetik video yang tular di media sosial menyaksikan pemain yang mewakili Indonesia pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan dia gigih membuat latihan.
Langkah itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada penyokong sukan tersebut, yang menyeru agar pendekatan lebih bijak dan tersusun diambil jika ingin mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Hal ini kerana, penggunaan jaring bola tampar sebagai ganti jaring sepak takraw sebenar mungkin membantutkan prestasi pemain dari segi ketepatan dan teknik susulan ia jauh lebih tinggi dari aksi sebenarnya.
Sementara itu, penyokong sukan tanah air menyarankan agar para pemain dan jurulatih di Indonesia mencontohi pendekatan pemain Malaysia, yang menurut mereka lebih banyak menggunakan strategi dan kebijakan dalam permainan.
"Salah ini. Teknik ini hanya fokus pada ketinggian, bukan mematikan dan dapat mata. Ketajaman juga perlu bagi menjaga pihak lawan. IQ sangat perlu dalam sukan takraw, dari ketinggian ramai pemain yang boleh. Tapi dari segi IQ dan ketajaman itu perlu ada," kata penyokong bola rotan, Muhamad Hafiz Ab Wahab.
"Target nak dapatkan mata bukannya kekuatan. Perejam Malaysia banyak gunakan IQ mereka," puji penyokong sepak takraw, Washer Temperature yang gemar melihat cara skuad kebangsaan bermain sukan itu.
"Rusdi ini bagus gila, menarik untuk ditonton, bab rejaman tidak dinafikan tapi perlu kemaskan pertahanan dan kecerdasan. Antara perejam dunia yang terbaik dari pandangan aku," kata penyokong sepak takraw, Bong Hitam.
Rusdi berjaya mengharumkan nama Indonesia dengan pencapaiannya pada Sukan Sea 2023 di Kemboja.
Langkah-langkah pembaikan struktur latihan itu perlu dilakukan jika Indonesia mahu menyaingi kuasa besar sepak takraw serantau seperti Thailand dan Malaysia yang sentiasa memberikan cabaran sengit dalam kejohanan antarabangsa.
Untuk rekod, Rusdi yang kini berusia 25 tahun mengharumkan nama Indonesia dengan pencapaiannya pada Sukan Sea 2023 di Kemboja apabila berjaya meraih dua pingat emas dalam acara beregu berpasukan dan beregu berpasukan serta satu perak dalam kategori kuadran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram