Hanya khabar angin tapi ramai tak restu bek 'injury prone' Terengganu ke JDT


  • Podium
  • Isnin, 19 Mei 2025

Argzim (kanan) dikhabarkan bakal menyarung jersi JDT pada musim depan. — Facebook/Terengganu FC

BEK tengah Terengganu FC (TFC), Argzim Redzovic difahamkan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Sang Penyu selepas enam tahun pemain berkenaan menabur bakti bersama pasukan tersebut.

Dalam satu hantaran di Instagram peribadinya, bek tengah kelahiran Macedonia itu mengumumkan pemergiannya dari kelab berkenaan sambil sempat menzahirkan rasa penghargaan terhadap pihak pengurusan.

BACA LAGI: Pada Badrul Afzan hadir susuk berbeza mahu gemilangkan skuad Hitam Putih

BACA LAGI: Sang Penyu tempang tanpa import, 3 ubi muda sesuai diberi peluang berdepan KDA FC

"Ini merupakan bahagian paling sukar bagi saya apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kelab yang paling lama saya berkhidmat dalam karier. Inilah kehidupan, tiada apa yang kekal.

"Terima kasih kepada Terengganu FC atas enam tahun yang saya nikmati dan kerana memberi peluang menjadi kapten bagi salah sebuah pasukan terbaik dalam negara. Saya ingin berterima kasih kepada penyokong yang sering bersama kami ketika susah dan senang," katanya.

Argzim menyertai skuad Sang Penyu pada 2020 selepas terlebih dahulu menimba pengalaman dalam Liga Malaysia bersama PDRM FC selama dua musim yang membuka mata pihak pengurusan Terengganu FC terhadap bakatnya.

Selepas dua hari berkongsi perkembangan itu, masa depan pertahanan tengah itu kini dikaitkan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Argzim dikatakan akan mengisi slot pemain tempatan susulan dia bakal dia bakal mendapat passport negara.

 

 

Argzim sebelum ini berkahwin dengan gadis tempatan dari Pahang selain anaknya lahir di negara ini. Namun, sehingga kini dia masih belum dinaturalisasikan walaupun pihak pengurusan TFC sudah membuat rayuan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sekiranya pemain berusia 33 tahun berkenaan menyarung jersi JDT pada musim depan sebagai tonggak tempatan, jelas pihak pengurusan Harimau Selatan berhasil membantunya menyelesaikan isu passport berkenaan.

Bagaimanapun, sesetengah penyokong Harimau Selatan kurang bersetuju dengan khabar angin Argzim menyertai kelab mereka susulan isu kecederaan dialami pemain berkenaan pada musim lalu bersama TFC.

"Umur dah tua dan macam berat saja Argzim ini," kata penyokong Harimau Selatan, Rosman Man.

"Dia ini bukan bagus pun, macam rugi sahaja JDT ambil," komen penyokong JDT, Mohd Anas.

"33 tahun dibawa masuk pun boleh main betul-betul dalam dua tahun begitu, itu pun kalau tidak cedera," kata pengikut Terengganu, Man KZ.

Argzim menikmati tempoh enam musim yang cukup menggembirakan bersama skuad Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC

Argzim Redzovic mengharungi musim yang sukar bersama Terengganu pada musim ini apabila mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada bulan Februari lalu dan terpaksa berehat panjang.

Sepanjang berada di Pantai Timur, pemain berketinggian 1.90 meter itu kurang diletakkan dalam kesebelasan utama, malah beberapa kali diturunkan ke skuad muda kerana terdapat lebih ramai bek tengah berbakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram