Malang tak berbau, ibu bapa patut lebih peka elak insiden muka budak tercucuk lidi ayam berulang


  • Massa
  • Ahad, 18 Mei 2025

Insiden seorang kanak-kanak tercucuk lidi ayam baru-baru ini meraih perhatian ramai.

INSIDEN membabitkan seorang kanak-kanak yang cedera selepas mukanya tercucuk lidi ayam baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Menerusi hantaran dikongsikan pengguna Facebook Persatuan Abang Tanjung Penang yang tular sejak Ahad, lidi tersebut tercucuk ke dalam pipi dan hampir terkena mata kanak-kanak itu. 

Bagaimanapun, keadaan terkini mangsa tidak dapat dipastikan lagi setakat ini.

BACA LAGI: Pekerja spa cedera disimbah asid lelaki tidak dikenali di Bachok

BACA LAGI: Menjelang LIMA'25, 60,000 tiket feri terjual di Langkawi

"Hati-hati jangan biar anak makanan yang guna lidi. Malang tak berbau," tulisnya. 

Kejadian malang itu sekali lagi mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa agar lebih peka terhadap keselamatan anak, terutama ketika menjamu selera di tempat awam.

"Sebelum ini di pasar malam aku tegur budak makan pegang lidi sambil berjalan, ayahnya dukung bayi kecil. 

"Aku nampak lidi dah dekat dengan mata, aku tegur hati-hati tajam anak makan sambil berjalan. Ayahnya baru tersedar dan cakap terima kasih," komen Lilinana.

"Saya memang tak galakkan untuk anak makan guna lidi, benda nak jadi kita tahu," tambah Nur Hannah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram