Dapat banyak hadiah, anugerah Google, Bobby kucing peliharaan Presiden Indonesia ada daya tarikan istimewa


  • Benua
  • Sabtu, 17 Mei 2025

Bobby yang sentiasa disenangi ramai termasuk individu berpengaruh luar negara. — Agensi

KUCING kesayangan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang diberi nama Bobby Kertanegara semakin menarik perhatian ramai sejak dibawa ke Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Oktober 2024.

Sejak daripada tarikh itu, Bobby juga menerima pelbagai hadiah daripada beberapa individu berpangkat tinggi termasuk pengasas bersama Microsoft, Bill Gates.

Sebelum ini, Bobby dihadiahkan sebuah rumah kucing yang besar tiga tingkat yang dilengkapi kawasan permainan, tempat mencakar, tangga, jambatan dan terowong.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Hidup 7 keturunan takkan senang', anak peniaga di Pulau Pinang perjelas punca ibu doa buruk lepas khemah dirampas penguat kuasa majlis

BACA LAGI: Selain tak tergesa-gesa solat Subuh, Kelantan mula waktu sekolah pukul 8 pagi mudahkan tugas ibu bapa dan murid rumah jauh

Bobby merupakan kucing kesayangan Prabowo yang memikat hati ramai. — Agensi

Daya tarikan istiemewa Bobby juga berhasil memikat hati Bill Gates apabila dihadiahkan anak patung ikan paus pada 7 Mei lalu.

Lebih mencuri perhatian apabila Bobby dibawa masuk ke dalam bilik mesyuarat menggunakan kereta sorong.

Prabowo juga mengambil kesempatan memperkenalkan kucing peliharaannya kepada beberapa menteri dan Bill Gates ketika itu.

"Ini ada hadiah yang saya bawa," kata Bill Gates sambil menunjukkan ikan paus hitam putih atau orca.

Bukan sekadar itu, Bobby juga diberikan selendang merah dengan tulisan Australia cinta Indonesia oleh Perdana Menteri Australia, Anthony Albaness pada Khamis lalu.

Selain hadiah tersebut, Bobby ternyata menerima anugerah Carian Arah Aliran Teratas 2024 daripada Google Indonesia untuk kategori 'Siapa'.

Anugerah itu sekali gus menjadikan Bobby antara tokoh popular Google sepanjang 2024. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram