Ambil iktibar kes budak 2 tahun jatuh pangsapuri di Putrajaya, letak sofa dekat balkoni dan tingkap boleh jadi 'tangga maut'


  • Massa
  • Ahad, 18 Mei 2025

Penduduk tidak disarankan untuk meletakkan perabot atau perhiasan berhampiran koridor atau balkoni di rumah pangsapuri. — PHM

PENDUDUK rumah pangsapuri dinasihatkan agar tidak meletakkan sofa, kerusi, rak kasut atau perabot berhampiran koridor atau balkoni. 

Ia bertujuan mengelakkan perkara tidak diingini berlaku terutama sekiranya mempunyai anak kecil yang aktif. 

Saranan itu juga diberikan selepas kes seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah pangsapuri di Presint 9, Putrajaya pada Sabtu. 

BACA LAGI: Polis rakam keterangan anak Pamela Ling di Singapura, dedah masih berhubung pada hari kejadian

BACA LAGI: Dapat banyak hadiah, anugerah Google, Bobby kucing peliharaan Presiden Indonesia ada daya tarikan istimewa

Kerusi yang diletakkan di kawasan pangsapuri berkenaan. — Facebook/Buletin Malaysia 

Terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa insiden itu berlaku apabila mangsa memanjat sofa yang diletakkan di koridor rumah tersebut.

Polis bagaimanapun masih belum dapat memastikan punca sebenar kematian mangsa.

Namun, sebagai langkah berhati-hati, perkara tersebut perlu diambil serius meskipun ia terlihat kecil.

Mengikut nasihat daripada Public Health Malaysia, sebarang perabot yang diletakkan berhampiran kawasan itu berisiko menjadi 'tangga maut'.

"Kanak-kanak sedang membesar penuh dengan rasa ingin tahu. Mereka suka memanjat, meneroka, dan melihat dunia luar dari atas.

"Tetapi malangnya, satu langkah kecil mereka boleh membawa padah besar kepada keluarga.

"Ramai tak sedar, hanya kerana mahu ruang lebih luas dalam rumah, perabot dipindahkan ke luar atau ke tepi tingkap.

"Ruang itu juga akan menjadi zon bahaya, lebih-lebih lagi jika tidak dipasang penghadang keselamatan," pesannya.

Selain perabot, perhiasan seperti pasu bunga juga tidak digalakkan untuk diletakkan di sudut berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram