[VIDEO] 'Hidup 7 keturunan takkan senang', anak peniaga di Pulau Pinang perjelas punca ibu doa buruk lepas khemah dirampas penguat kuasa majlis


  • Tular
  • Sabtu, 17 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan situasi tegang yang berlaku ketika rampasan dibuat oleh penguat kuasa di Pulau Pinang.

SATU situasi tegang berlaku antara penguat kuasa dan seorang peniaga di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, berlaku pertengkaran mulut ketika operasi dilakukan oleh beberapa penguat kuasa tersebut.

Ketegangan itu berlaku dipercayai selepas khemah peniaga terbabit terpaksa dirampas diarahkan untuk menghentikan operasi perniagaannya. 

BACA LAGI: Selain tak tergesa-gesa solat Subuh, Kelantan mula waktu sekolah pukul 8 pagi mudahkan tugas ibu bapa dan murid rumah jauh

BACA LAGI: [VIDEO] Selamba 'drift' Ford Mustang sambil tersenyum, aksi datuk pandu kereta cucu di India raih lebih 52 juta tontonan

Wanita tersebut turut dilihat mendoakan kepada penguat kuasa itu kerana menghalangnya mencari rezeki. 

"Notis tak bagi, kamulah Israel Malaysia yang selalu orang marah.

"Hidup tujuh keturunan kamu takkan senang. Kamu aniaya ibu tunggal," katanya. 

Anak wanita itu bagaimanapun tampil memberi penjelasan tentang situasi yang berlaku terhadap ibunya menerusi video berasingan. 

Pada masa sama, dia turut mengakui kesilapannya menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Dia mendakwa bahawa, khemah yang dirampas penguat kuasa bukanlah milik mereka.

"Pada awalnya, saya diam dan tak merakam situasi mereka (penguat kuasa merampas barang.

"Tetapi ketika itu ibu sangat sedih dan bila dalam keadaan sedemikian, dia cenderung keluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

"Ibu juga tengah serabut kerana khemah yang dirampas adalah khemah pinjam," dakwanya. 

Dakwanya lagi, seorang daripada anggota penguat kuasa terbabit sudah melanggar etika bekerja kerana meninggikan suara kepada mereka.

Namun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram