[VIDEO] Selamba 'drift' Ford Mustang sambil tersenyum, aksi datuk pandu kereta cucu di India raih lebih 52 juta tontonan


  • Benua
  • Sabtu, 17 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan kereta Ford Mustang merah yang dipandu oleh warga emas tersebut. — Agensi

AKSI seorang lelaki warga emas yang memandu kereta Ford Mustang milik cucunya di Haryana, India baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video dimuat naiknya di Instagram Dev Chahal, kereta merah itu dipandu seperti pelumba sukan permotoran 'drift' secara bersahaja.

Dalam video sama, dia ditemani seorang lagi lelaki warga emas memutarkan kereta itu membentuk bulatan sambil tersenyum.

BACA LAGI: Nahas FRU: Enam anggota dirawat termasuk 4 di ICU makin pulih, seorang dibenar discaj

BACA LAGI: Kalahkan Musang King, Black Thorn, kini Tupai King tuntut mahkota 'Raja Buah'

 

 

 

 

Ia sekali gus menunjukkan kemahiran memandu dengan pantas dan cekap.

Lebih mengagumkan apabila datuk itu memberitahu bahawa pernah melakukan aksi sama ketika zaman mudanya.

Video itu turut berjaya meraih lebih 52 juta tontonan di Instagram tersebut.

Rata-rata warga maya memuji keyakinan serta tenaga warga emas tersebut ketika memandu.

"Datuk goyang, cucu terkejut," komen @rsham.

"The Fast & the Furious versi Dadaji," tambah @faroiq. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram