
PENGUMUMAN Menteri Besar Kelantan sebelum ini berhubung waktu persekolahan di negeri itu yang bermula pukul 8 pagi menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, penetapan itu dilaksanakan bagi institusi di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) sejak 2015 lagi.
Pelaksanaan itu juga bertujuan untuk mengelakkan murid terburu-buru solat Subuh.
BACA LAGI: Kalahkan Musang King, Black Thorn, kini Tupai King tuntut mahkota 'Raja Buah'
Mohd Nassuruddin menyatakan perkara tersebut bagi memberi ruang kepada murid dan ibu bapa.
Menurutnya, perubahan tersebut dilaksanakan selepas mendapati ramai pelajar yang sempat solat atau melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa kerana perlu bergegas ke sekolah seawal 7.30 pagi.
Katanya, pihak Kerajaan Negeri juga menganjakkan sedikit waktu pulang selepas murid menunaikan solat Zuhur berjemaah di sekolah.
Namun, selain memberi ruang untuk murid mengerjakan ibadah wajib, ia nampaknya mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk menguruskan anak-anak mereka terutama pada waktu pagi.
"Boleh sahaja sekolah mula pukul 8 pagi, tak adalah ibu bapa terburu-buru sangat.
"Murid sempat sarapan di rumah dahulu bukan asyik tengok jam," komen Mohd Yusof.
Bukan itu sahaja, pelaksanaan itu secara tidak langsung membantu golongan murid yang menetap jauh dari sekolah.
"Terima kasih kerajaan Kelantan. Pukul 8 pagi adalah lebih sesuai terutama yang jauh dari sekolah," tambah Mohammad Jaafar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram