[VIDEO] Macam pelukan singkat seorang ayah, pengetua sekolah di KL sanggup tunggu awal pagi depan pagar setiap hari


  • Massa
  • Jumaat, 09 Mei 2025

Tindakan seorang pengetua di SMK Taman Yarl yang menyambut pelajar setiap pagi dipuji ramai.

SIKAP seorang pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl, Kuala Lumpur yang mesra dengan pelajarnya dipuji ramai.

Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, pengetua sekolah terbabit dikatakan sanggup menunggu di hadapan pagar setiap pagi untuk menyambut kehadiran para pelajarnya.

Dalam video sama, beliau yang bernama Dr Ahmad Kamal Ariffin itu juga dilihat saling bersalam dan berpelukan dengan setiap pelajar lelaki yang hadir.

 

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu rempuh pelanggan restoran di Sitiawan disyaki hilang kawalan, seorang maut, 7 parah — Polis

 

BACA LAGI: [VIDEO] Pesara sefamili cemas rumah disamun 5 lelaki menyamar anggota polis di Semenyih

 

 

 

Tindakannya itu sekali gus mencerminkan sifat kasih sayang serta tanggungjawab seorang guru yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya.

Selain menguruskan hal sekolah, menyantuni pelajar juga antara tindakan wajar dilakukan oleh para pendidik.

Rata-rata warga maya turut memuji sikapnya dalam mendidik masyarakat untuk saling hormat-menghormati tanpa mengira status.

"Dia pegang tanggungjawab untuk akhirat bukan dunia semata. Moga ALLAH lindungi kesihatannya agar dapat bersama pelajar kesayangan selama mungkin," komen @inderasakti_kl.

"Pelukan singkat itu mungkin bermakna untuk sesetengah pelajar kerana ada yang tak dapat merasa pelukan daripada seorang ayah," tambah @meymaww. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram