
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rekod tanpa kalah mereka pada saingan Liga Super musim ini apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada Rabu.
Hasrat pasukan tuan rumah untuk mendapatkan tempat ketiga Liga Super musim ini nampaknya tidak berhasil apabila Harimau Selatan mahu melakar kemenangan tanpa seri mahupun kalah pada aksi terakhir mereka.
Separuh masa pertama menyaksikan skuad bimbingan Hector Bidiglio menguasai 60 peratus permainan. Namun, Kuching City apa kurang yang mencatatkan tiga percubaan dan Harimau Selatan pula merekodkan lima percubaan.
BACA LAGI: Jika hari itu bukan milik JDT, apa saja boleh berlaku — JKT
BACA LAGI: 'Turunkan pemain senior tapi bintang muda JDT masih menyinar di aksi penutup Piala MFL'
Pada minit kedua, Arif Aiman Hanapi dijatuhkan dalam kotak penalti selepas Arif Fadzilah menjatuhkan penyerang sayap itu. Peluang dari pengadil, Ahmad Zuhadi Dzulkifli dimanfaatkan oleh Bergson da Silva untuk meletakkan JDT di hadapan pada minit kelima.
Untuk rekod, ia merupakan gol ke-105 peledak Brazil tersebut dalam sejarah Liga Super dengan aksi bertemu Kuching menjadi sasaran untuk Bergson mengejar Indra Putra Mahayuddin yang mengumpul 106 gol keseluruhan.
Setelah itu, kualiti hantaran daripada Juan Muniz membantu Romel Morales mencatatkan sebagai penjaring gol kedua dalam permainan itu selepas menolak masuk bola ke gawang yang dijaga pada minit ke-26 permainan.
Separuh masa pertama juga menyaksikan penjaga gol Harimau Selatan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed cemerlang dalam memastikan gawang JDT tidak dibolosi di bumi Kuching dalam aksi terakhir Liga Super mereka.
Kembali dari bilik persalinan, Harimau Selatan membuat kejutan dengan mengeluarkan Bergson. Ia sekali gus merencatkan rancangannya untuk merampas status penjaring terbanyak sepanjang zaman daripada Indra.
Menjengah ruangan media sosial, percaturan dilakukan Bidoglio itu pasti disebabkan mahu menjaga Bergson daripada cedera menjelang perlawanan penting bertemu Sri Pahang FC bagi aksi final Piala Malaysia pada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kesebelasan utama JDT menentang Kuching City. Facebook/JDT
Pada minit ke-66 permainan, kesilapan Jimmy Raymond yang kehilangan bola memberi peluang kepada Harimau Selatan melakukan serangan selepas Nazmi Faiz Mansor menghantar kepada Morales untuk gol kedua peribadi pemain itu.
Bagaimanapun, semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) menunjukkan bola terkena tangan Heberty sewaktu cuba menerjah Jimmy dan kemudiannya, situasi itu menyebabkan gol Morales tidak disahkan.
Keputusan itu menyaksikan JDT menamatkan aksi Liga Super dengan 70 mata sebagai juara sementara Kuching City yang berada di tangga keempat akan bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan terakhir minggu depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram