
MENJAGA ibu bapa adalah satu amanah yang besar dan mulia, namun realitinya tidak semua sanggup memikul tanggungjawab itu.
Lebih menyedihkan apabila ada antara adik-beradik yang sanggup lepas tangan, menyerahkan sepenuhnya beban penjagaan kepada seorang sahaja, tanpa sokongan mahupun penghargaan.
Bagi seorang pengguna X (Twitter) @boiish_gurlz, pengorbanannya menjaga ibu bapa yang sudah uzur hanya dipandang sebelah mata oleh adik-beradiknya yang lain.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Tangkap reman, dakwa segera', aksi mat rempit halang laluan di LPT undang kemarahan
BACA LAGI: [VIDEO] Marahkan kereta menyelit masa 'traffic jam', JKR pula kena petik lebarkan jalan di Serendah
Dia turut meluah sanggup mengorbankan masa depan dan kehidupan sendiri demi menjaga ibu dan arwah bapanya selama bertahun-tahun.
Namun, pengorbanannya itu tidak pernah diiktiraf.
"Sepanjang aku jaga mak dan arwah abah, tak pernah pun adik-beradik ucap terima kasih. Selalu aku saja yang salah di mata mereka," tulisnya.
Walaupun ikhlas dalam menggalas tanggungjawab, namun dia tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila kasih sayang dan penat lelahnya seolah-olah tidak bermakna.
“Selama ini aku korbankan masa depan sendiri untuk menjaga orang tua, tapi tak pernah dihargai," luahnya lagi.
Namun, peristiwa kecil seperti pemberian duit raya daripada kakaknya baru-baru membuatkan perasaannya terusik dan rasa dihargai sekali gus menepis tanggapan negatifnya sebelum ini.
"Tadi kakak balik bagi duit raya, terus aku rasa sedih," katanya.
Luahan @boiish_gurlz mendapat pelbagai reaksi dalam warga maya dan dikongsikan semula di laman Facebook.
Hantaran itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang bukan sahaja menyokong secara moral, malah berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing.
Ramai menyatakan menjaga ibu bapa adalah satu ujian yang perlu dihadapi dengan penuh keikhlasan.
Seorang warga maya, Prof Ir, menekankan pengorbanan menjaga ibu bapa tidak boleh dipersoalkan atau mengharap balasan sesama manusia.
“Ikhlaskan diri saja. Sebab itu jangan mengharap balasan manusia, kelak akan kecewa. Haraplah balasan Tuhan, pasti bahagia,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Siti Aishah turut berkongsi pernah melalui situasi sama, menyatakan rasa faham dan sokongannya kepada individu berkenaan.
"Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. Faham saja sebab sama-sama pernah merasa. Al-Fatihah untuk arwah ibu bapa dan saudaraku," katanya.
Pengorbanannya menjaga ibu bapa yang sudah uzur dirasakan hanya dipandang sebelah mata oleh adik-beradiknya yang lain. — Gambar Hiasan/JanaanAi
Sementara itu, seorang lagi warga maya, Maz Akmar pula memberi perspektif dari sudut spiritual dan keyakinan terhadap janji ALLAH.
"Jika kalian tahu bahawa dengan menjaga syurga kalian itu, rezeki dan kehidupan kalian akan mudah selama kalian sabar dan reda. Walau selepas itu syurga kalian telah kembali ke sisi-Nya, Percayalah, ALLAH akan sentiasa berikan keberkahan-Nya. Biarlah jika adik-beradik tak ucap terima kasih sekalipun," tulisnya.
Kisah itu jelas membuka mata masyarakat tugas menjaga orang tua bukan sekadar tanggungjawab harian, tetapi satu bentuk ibadah yang tinggi nilainya di sisi Tuhan.
Namun harus diingatkan, apabila hanya seorang yang memikul amanah ini, tanpa sokongan moral mahupun kata penghargaan, ia mampu mencederakan emosi dan semangat si penjaga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram