[VIDEO] 'Sejengkal demi sejengkal', makin ramai sepakat jangan mudah terikut trend viral joget duit raya demi elak fitnah


  • Mukmin
  • Jumaat, 04 Apr 2025

Tangkap layar trend berjoget untuk menerima duit raya yang tular di media sosial baru-baru ini.

TREND berjoget untuk menerima duit raya yang tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen.

Rakaman video individu menari sebelum diberikan duit raya mengundang pelbagai reaksi termasuk teguran daripada warganet yang melihat trend berkenaan sebagai kurang sesuai dengan budaya serta ajaran Islam.

Seorang pengguna Facebook, Sharif Muhammad Izzuddin menjadi antara individu yang lantang menegur trend itu.

Beliau memuat naik beberapa video berkaitan trend tersebut, disertakan dengan rakaman tarian masyarakat Yahudi bagi menunjukkan persamaan antara kedua-duanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja maut perut terburai gara-gara serbuk mercun meletup lepas motor rempuh basikal

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kesian peniaga bayar tapak,' warganet hilang simpati terhadap penjual tanpa lesen

 

Dalam perkongsiannya, beliau menegaskan bahawa trend tersebut menyerupai budaya bangsa Yahudi dan menasihati umat Islam agar tidak mudah terikut-ikut dengan perkara yang tidak selari dengan ajaran agama.

Beliau turut menyertakan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian dalam kalangan mereka." [HR Abu Dawud]

Sharif berkata, fenomena viral pada zaman kini sering terselit unsur fitnah dan tipu daya.

Justeru, beliau menyeru masyarakat agar menjauhkan diri daripada trend yang bersifat ikut-ikutan tanpa memahami implikasi sebenar.

Perkongsian Sharif mendapat perhatian meluas, dengan lebih 60,000 perkongsian di media sosial sebagai tanda sokongan terhadap pendiriannya. 

Sejengkal demi sejengkal, masyarakat mulai menyedari pentingnya menilai sesuatu dengan ilmu agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh mencemarkan nilai agama dan budaya sendiri.

Ruangan komen juga dibanjiri pandangan netizen yang bersetuju dengan teguran tersebut.

Seorang pengguna, Jam Jali Aisah meluahkan keprihatinannya terhadap sikap masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya luar.

"Orang kita ni cepat terikut-ikut budaya asing. Bila ditegur, sukar menerima," katanya.

Nwhda Latif pula bersyukur kerana tidak terjebak dalam trend itu.

"Alhamdulillah, tidak terikut trend ni. Semoga dijauhkan," tulisnya.

Sementara itu, Rudy Oppu Tamang Ajps turut meluahkan kebimbangannya.

"Gaya dan ajaran Yahudi ni. Cepat sangat orang Islam ikut. Hairan juga," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram