Ada suri rumah terjebak hutang sampai RM10,000, ramai berhujah BNM kawal khidmat 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'


  • Massa
  • Sabtu, 22 Mac 2025

Pengguna akan dinilai kelayakan kredit sebelum dibenarkan menggunakan BNPL bagi mengelakkan perbelanjaan di luar kemampuan.

LANGKAH Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) menerusi Akta Kredit Pengguna 2025 mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat khususnya di media sosial.

Industri BNPL berkembang pesat dengan lebih 5.1 juta akaun aktif dan nilai transaksi mencecah RM12 bilion pada 2024. 

Namun, peningkatan itu turut membawa kebimbangan kerana ramai pengguna terperangkap dalam hutang yang tidak terkawal. 

BACA LAGI: Sindiket jual dadah di parkir lumpuh, pasangan suami isteri antara dicekup polis

BACA LAGI: Pengguna Touch 'n Go eWallet boleh bayar parkir automatik melalui pengecaman plat kereta

Dengan penguatkuasaan baharu itu, pengguna akan dinilai kelayakan kredit sebelum dibenarkan menggunakan BNPL bagi mengelakkan perbelanjaan di luar kemampuan.

Seorang pengguna, Zaidi Mohamed menyambut baik langkah itu kerana ia dapat membantu rakyat mengurus kewangan dengan lebih bijak.

“BNPL buat ramai orang boros dan akhirnya terjerat dengan hutang. Dengan kawalan ini, rakyat akan lebih berhati-hati dalam berbelanja dan mengelakkan masalah kewangan jangka panjang,” katanya.

Ahmad Kamado Tanjiro pula berkongsi kisah rakannya yang terpaksa menanggung hutang tinggi akibat BNPL.

“Bini kawan aku suri rumah, tapi SpayLater dia sampai RM10,000. Suami dia terpaksa bayar RM700 lebih sebulan, sedangkan kelayakan SpayLater dia sendiri cuma RM1,800. Tapi isteri yang tak bekerja boleh dapat RM10,000. Tak masuk akal!” luahnya.

Idham Ramlan turut bersetuju dengan menyatakan ramai pengguna BNPL berbelanja tanpa kawalan, tetapi akhirnya menyalahkan kerajaan apabila dibebani hutang.

“Bagus BNM buat kerja. Ramai yang tak kawal nafsu berbelanja, tapi bila poket kosong salahkan kerajaan. Hakikatnya, diri sendiri yang menyebabkan masalah,” ujarnya.

Warga maya lain, Mohd Haffizi Mohd Amir pula berpendapat bahawa pengguna yang gagal membayar hutang BNPL sepatutnya dipersalahkan kerana kecuaian sendiri.

“Kalau lulus tapisan BNPL, maksudnya kau memang layak dan tahu bayar hutang. Kalau tak lepas, maksudnya kau kaki hutang tapi malas bayar,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram