Sindiket jual dadah di parkir lumpuh, pasangan suami isteri antara dicekup polis


  • 112
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Polis menahan empat individu termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di tempat letak kereta di Jalan Pasar, Kuala Lumpur pada Rabu.

POLIS berjaya memutuskan rangkaian pengedaran dadah dengan menahan empat individu termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di tempat letak kereta di Jalan Pasar, Raub, Pahang pada Rabu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memaklumkan bahawa kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia serta seorang wanita tempatan berusia antara 37 hingga 59 tahun.

Mereka ditahan sekitar pukul 3.30 petang ketika berada di dalam dua kenderaan.

BACA LAGI: Alami perubahan fizikal lepas bersalin, 8 perkara ibu patut tahu, paling penting jangan panik

BACA LAGI: Digalakkan anak-anak ikut tarawih, jangan sampai ganggu jemaah lain. Berikut tip elak si kecil meragam di masjid

Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah yang dipercayai jenis methamphetamine dan ganja seberat lebih 13 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM421,286 dalam kereta serta pacuan empat roda mereka.

Siasatan awal mendapati sindiket itu dikendalikan oleh individu tempatan dan telah beroperasi sejak tiga bulan lalu.

Mereka memperoleh bekalan dadah daripada pengedar di Lembah Klang sebelum diedarkan di Pahang serta diseludup ke negara jiran.

"Dengan penangkapan ini, polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti jika terdapat individu lain yang terlibat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah pada Jumaat.

Yahaya berkata, jumlah dadah yang dirampas berupaya menampung keperluan 26,331 penagih dalam tempoh sehari.

Selain itu, ujian saringan mendapati suspek wanita positif dadah, manakala suaminya serta seorang lagi suspek tempatan mempunyai rekod jenayah.

Keempat-empat suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 26 Mac untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram