[VIDEO] 'Prestasi tak menentu', fans Sabah 'up' posting berkaitan penyerang Liberia buat lepas rindu


  • Podium
  • Selasa, 18 Feb 2025

Aksi bekas penyerang Sabah FC, Sam Johnson ketika menentang UITM dalam saingan Liga Super 2021.

PRESTASI Sabah FC sejak kebelakangan ini dilihat agak tidak menentu, dengan pasukan Borneo Itu sering kali mengalami naik turun dalam permainan dan keputusan yang tidak konsisten. 

Hal tersebut mungkin menimbulkan rasa kecewa dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong Sang Badak.

Kemenangan yang tidak stabil serta prestasi yang tidak mencapai tahap yang diinginkan sering kali mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat.

BACA LAGI: JDT lebur rekod buruk, tundukkan Pohang demi aksi lebih mudah di pusingan ke-16 ACLE

BACA LAGI: Lupakan cerita di Bandaraya, Aidil Sharin mahu The Cats fokus aksi bertemu Sang Penyu

Susulan itu, tular di media sosial apabila salah seorang penyokong setia The Rinos, Mohd Hammidzi memuat naik kembali bekas penyerang Sabah FC.

Difahamkan, itu merupakan salah satu cara penyokong Sabah FC mengatasi kekecewaan tersebut dengan merujuk kepada pemain-pemain terdahulu yang pernah memberi impak besar kepada kelab dalam pasukan.

Antara pemain yang kini disebut-sebut adalah bekas penyerang Liberia, Sam Garyahzon Johnson.

Sam Johnson yang pernah beraksi untuk Sabah FC, menjadi salah seorang pemain yang cukup popular dalam kalangan penyokong kerana gaya permainan dan kecemerlangannya di atas padang. 

Sebagai reaksi kepada prestasi pasukan yang tidak memuaskan, ada penyokong yang memilih untuk memuat naik kembali kenangan bersama Sam Johnson di media sosial.

Ini mungkin dilihat sebagai cara untuk mengingati kejayaan-kejayaan lalu dan meluahkan rasa rindu terhadap pemain yang pernah memberi sumbangan besar kepada kelab.

Untuk rekod, pada musim 2021, pemain berusia 32 tahun itu pernah beraksi bersama pemain legenda Selangor FC, Amri Yahya dan Levy Madinda yang turut membantu pasukan Sang Badak ketika itu.

Pemain berketinggian 1.80 meter itu mencetak dua gol dan dua hantaran bantuan dalam 10 penampilan bersama The Rhinos.

Menerusi Transfermarkt, pemain kelahiran Liberia itu kini berstatus sebagai ejen bebas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram