[VIDEO] Bantu benam Ulsan, Dion Cools 'ajar' Kim Pan-gon posisi sebenar atas padang


  • Podium
  • Khamis, 13 Feb 2025

Buriram United berhasil mengatasi cabaran Ulsan HD pada minit-minit akhir hasil hantaran Dion Cools.

SENTUHAN minit-minit akhir Dion Cools berhasil membantu Buriram United meraih kemenangan berharga dengan menyingkirkan Ulsan HD 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite pada Rabu.

Gol kemenangan itu hasil hantaran daripada Cools yang beraksi cukup cemerlang sebagai penyerang sayap kanan wakil kelab Thailand tersebut.

Kedua-dua pasukan yang terikat 1-1 akhirnya mencapai keputusan akhir apabila hantaran Cools disambar baik oleh penyerang muda, Suphanat Muenta untuk jaringan kemenangan Buriram United sekali gus memberikan tiga mata buat kem tuan rumah.

BACA LAGI: [VIDEO] Bidoglio kongsi keadaan terkini Roque Mesa, mahu sahkan kemaraan ACL Elite di laman sendiri

BACA LAGI: [VIDEO] 'Auto banyak bunyi', bekas orang kuat Selangor dedah sikap Wak Am ketika muda, optimis boleh jadi ‘orang tua’ terbaik

Dalam aksi tersebut, dua gol Buriram disudahkan oleh Guilherme Bissoli dan Suphanat Muenta, manakala Ulsan HD dicetak oleh Si Yong-Jang,

Menariknya aksi tersebut, ramai penyokong Harimau Malaya memuji corak permainan yang dipamerkan oleh Cools sebagai penyerang sayap.

Cools, yang cemerlang sebagai penyerang sayap sering dianggap tidak diberi peranan yang tepat oleh bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kerana pengendali dari Korea Selatan itu kerap meletakkannya sebagai bek tengah.

Kekuatan sebenar Cools terletak pada posisi sayap kerana kelajuan, ketajaman dan kemampuannya dalam menghasilkan hantaran serta menyumbang gol dapat dimanfaatkan dengan lebih baik.

"Dion Cools menunjukkan kepada Kim Pan-gon kualitinya apabila diletakkan di posisi yang betul," kata Zulfalah Mat Hashim.

"Kim Pan-gon pasti menyesal bila letak Dion Cools di posisi salah selepas melihat permainan Dion Cools yang membenam pasukan dia sendiri," kata Saiful Jumahat.

"Tengok macam mana padunya Dion Cools apabila main dekat Buriram di posisi asalnya, ini sepanjang main Malaysia, asyik bek tengah saja," kata Ashyrul Harith Saifudin.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram