
JENAMA automotif tempatan, Perodua berkongsi berita gembira apabila kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dikatakan telah menghubungi pihak pengeluar kereta itu untuk perjanjian penajaan.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin yang ketika ini sedang menilai beberapa bentuk penajaan, termasuk hak penamaan kepada baju.
Menurutnya, perbincangan itu turut membabitkan strategi untuk meningkatkan kehadiran jenama tempatan di pasaran Eropah.
BACA LAGI : [VIDEO] Bidoglio kongsi keadaan terkini Roque Mesa, mahu sahkan kemaraan ACL Elite di laman sendiri
Hannah Yeoh ketika merasmikan Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua.
"Saya tidak tahu sama ada saya perlu mengatakan ini, tetapi baru-baru ini, pihak kami menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada kami akan meletakkan logo kami pada salah satu baju jersi dan menaja mereka.
"Seperti bola sepak di Malaysia, kita sentiasa melihat peluang itu dan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia memberi kebaikan dan tidak merugikan mana-mana pihak.
"Saya berasal dari Johor dan jika saya sokong JDT (Johor Darul Ta'zim), mungkin saya akan kehilangan sokongan dari pelanggan di Selangor atau Kelantan dan kami perlu berhati-hati siapa yang kami sokong serta taja," katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS) 2025 yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang, Selangor pada Khamis.
Sementara itu, Siri PNAGS 2025 akan melibatkan kesemua 14 negeri dan Wilayah Persekutuan dengan pusingan pembukaan di Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam, Selangor.
PNAGS juga merupakan laluan utama ke Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC), menyumbang kepada usaha Malaysia dalam memperkukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram