KUCHING City FC meraih tiga mata penuh selepas menewaskan PDRM FC dengan keputusan 2-0 saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.
Dałam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Meskipun beraksi di laman sendiri, The Cops dilihat bergelut untuk mendapatkan jaringan awal apabila gagal mematahkan benteng pertahanan pelawat.
BACA LAGI: Musim belum habis, 3 pemain JDT dah tinggalkan 'pitch' berehat panjang
BACA LAGI: Bukan lagi zaman ‘prime’, Liridon Krasniqi mungkin lebih sesuai beraksi bersama Pahang Rangers
Petrus Shitembi meletakkan Kuching City FC di hadapan selepas mencetak satu gol pada babak pertama bertemu PDRM FC. — Facebook/Kuchingcityfc
Anak-anak buah Aidil Sharin Sahak yang membawa misi mahu meraih tiga mata itu dilihat melakukan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah.
Percubaan demi percubaan yang dihasilkan oleh The Cats itu membuahkan hasil apabila gol yang dinanti-nantikan hadir pada minit ke-15 menerusi jaringan Petrus Shitembi.
Bersambung babak kedua aksi di Selayang, The Cats mengorak langkah awal dengan melakukan serangan bertubi-tubi ke pintu gawang tuan rumah namun berjaya dipatahkan oleh penjaga gol The Cops, Bryan See yang tampil cemerlang sebagai benteng akhir pasukan itu.
Bekas pemain Johor Darul Ta’zim, Hazwan Bakri hampir mencetak gol buat The Cats namun percubaannya sedikit tersasar jauh daripada pintu gawang.
The Cats terus melakukan percubaan ke pintu gawang tuan rumah namun kecemerlangan Bryan See berjaya mematahkan impian Kuching City untuk terus menambah gol.
Bagaimanapun, The Cops terpaksa menelan pahit apabila penyerang berbisa The Cats, Jordan Mintah berjaya mencetak gol kedua pada penghujung perlawanan selepas ketenangannya berdepan situasi satu lawan satu membuahkan hasil.
Kekebalan benteng pertahanan The Cats nampaknya berjaya mematahkan jentera serangan PDRM apabila gagal menyumbat masuk satu gol dalam aksi tersebut.
Dengan kemenangan berharga di gelanggang lawan itu, ramai penyokong The Cats gembira apabila penyerang berbisa pasukan yang berpangkalan di Borneo itu mencetak gol.
Kali terakhir Jordan Mintah mencetak gol adalah ketika Kuching bertemu Kelantan Darul Naim pada 26 Ogos 2024 saingan Liga Super.
“Kembali sudah dia ni skor, semoga perlawanan akan datang, dia akan skor banyak lagi,” kata Miya Man.
“Ini barulah penyerang sebenar, semoga lepas ini Mintah lebih banyak cetak gol,” kata Muhd Suhaifezudin.
“Gameplay yang mantap, tahniah Kuching City, kembali Sudan pencetak gol berbisa,” kata Mohd Affendy. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram