PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus membuktikan tidak bercakap kosong dan kini revolusi Harimau Malaya berada di landasan tepat apabila pasukan negara bakal diperkuatkan sekurang-kurangnya tujuh pemain warisan gred A.
Perkembangan terkini itu disahkan sendiri Tunku Ismail atas lebih dikenali sebagai TMJ menerusi satu ciapan di laman Facebook rasmi baginda pada Sabtu.
“Kami telah mengenal pasti enam tujuh pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan passport Malaysia.
“Ini agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” ujar baginda.
BACA LAGI: 'Harap score lagi', fans puas hati striker The Cats kembali cetak gol
BACA LAGI: Musim belum habis, 3 pemain JDT dah tinggalkan 'pitch' berehat panjang
TMJ (dua kiri) memohon kerjasama daripada Kerajaan Malaysia bagi membantu memudahkan urusan beberapa pemain itu untuk mendapatkan pasport negara ini.
Ketika ini, skuad bola sepak negara sedang melalui fasa peralihan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Langkah pertama dimulakan dengan pelantikan Cklamovski sebagai ketua jurulatih Malaysia, serta penunjukan Robert Friend dari Kanada sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FAM.
TMJ terus menunjukkan komitmennya untuk membawa bola sepak negara ke peringkat lebih tinggi dengan mengadakan pertemuan bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.
Oleh itu, ramai ‘ekor’ Harimau Malaya menyambut baik niat baik TMJ dalam membantu memperbaiki prestasi Harimau Malaya yang kini dilihat kurang memuaskan.
“Rasa terharu pula walaupun sayang pemainnya tak namaak lagi, semangat ini yang kita cari selama ini biarpun hasil belum pasti. Terime Rasih TMJ, all the best Harimau Malaya,ikhlas dari penyokong Harimau Malaya,” kata Muhammad Amirol.
“Kami rakyat Malaysia dan penyokong Harimau Malaya sangat mengharapkan perubahan dan kejayaan untuk HM,” kata Wan Fadzil.
“Terbaik TMJ, semoga pemain-pemain warisan yang dibawa masuk ini akan mampu membantu Harimau Malaya,” kata Azim Rosli. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram