INDONESIA mengumumkan pada pelantikan bekas penyerang Belanda, Patrick Kluivert sebagai jurulatih pasukan kebangsaan mereka sebagai langkah untuk meningkatkan usaha mereka untuk layak ke Piala Dunia 2026.
Pelantikan bekas pemain AC Milan, Ajax dan Barcelona, yang menjaringkan 40 gol dalam 79 penampilan untuk negaranya itu dibuat susulan pemecatan jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong pada Isnin.
Memetik kenyataan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Kluivert yang memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebagai pemain bersama Ajax pada 1995 itu akan mengendalikan Indonesia sehingga 2027, dengan pilihan untuk melanjutkan lagi.
BACA LAGI: Tak 'ngam' dengan pemain dipercayai antara punca Shin Tae-yong dibuang PSSI
BACA LAGI: [VIDEO] Revolusi Harimau Malaya buat Erick Thohir risau akan dipintas oleh Malaysia
Sejak menamatkan karier sebagai pemain profesional pada 2008, Kluivert sudah memainkan pelbagai peranan, termasuk menjadi jurulatih pasukan Turki, Adana Demirspor dan Curacao.
Beliau telah berkhidmat sebagai pengarah bola sepak untuk Paris Saint Germain (PSG), penolong jurulatih untuk Belanda dan Cameroon serta menjadi pengurus pasukan remaja Ajax.
Meskipun mempunyai pelbagai pengalaman namun reputasinya bersama kelab lama tidak digemari oleh penyokong Curacao apabila ia dibongkarkan oleh lama penyokong negara itu, Curacao Football News.
Mempunyai hubungan kurang baik dengan beberapa pemain dikatakan punca Tae-yong disingkirkan PSSI. — Agensi
“Dari segi merekrut pemain, dia (Kluivert) bagus. Pemain yang menyertai kami pada 2015 hanya menyertai kerana dia merupakan jurulatih negara. Tetapi taktikalnya sangat teruk.
“Semasa perlawanan, pemain kami kelihatan tidak faham dengan permainannya dan kami bergelut mendapatkan kemenangan menentang negara pulau yang tidak mempunyai liga separa profesional pun,” katanya.
Menjengah rekodnya bersama pasukan kebangsaan Curacao, jurulatih berusia 48 tahun itu hanya merekodkan satu kemenangan, dua seri dan selebihnya tewas dalam enam aksi dia bertugas sebagai jurulatih mereka.
Tangkap layar kenyataan dari Curacao Football News.
Rekod berkenaan membuatkan penyokong Indonesia mula menyuarakan kebimbangan mereka terhadap corak permainan yang bakal diterapkan oleh bintang bola sepak terkenal dunia itu.
Kluivert akan diperkenalkan secara rasmi di Jakarta pada Ahad dan akan disertai oleh dua penolong jurulatih iaitu rakan senegara Belanda. Alex Pastoor dan Denny Landzaat.
Perlawanan kompetitif pertamanya yang akan berlangsung ialah aksi Indonesia menentang Australia untuk kelayakan Piala Dunia pada 20 Mac. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram