'Kalau pindah takut kena peram', ada fans JDT tak setuju Arif Aiman berkelana ke Iran


  • Podium
  • Ahad, 05 Jan 2025

Arif Aiman dikaitkan dengan Persepolis FC bagi membantu bahagian hadapan kelab itu. — Facebook/JDT

NAMA bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini menjadi buah mulut penyokong bola sepak tanah air.

Pemain berusia 23 tahun itu ketika ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Iran iaitu Persepolis.

Memetik laporan Bartarinha, khabar angin berkenaan mula timbul apabila penganalisis dan jurulatih Persepolis mula mengikuti penyerang sayap kanan kebangsaan itu di laman Instagram dan kemudian berhenti berbuat demikian.

BACA LAGI: Walau tak cemerlang atas padang, perubahan rumput Stadium Darul Makmur puaskan hati fans Tok Gajah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sayang legasi Kedah, tapi ada yang tak cukup' legenda Sang Kenari buka mulut isu realiti sebenar KDA FC

WhatsApp Image 2025-01-05 at 20.04.45 (1)

Laman bola sepak terkemuka seperti Transfermarkt mengaitkan perpindahan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu ke Timur Tengah.

Difahamkan, keinginan naib juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 itu untuk membawa masuk Arif Aiman adalah untuk menggantikan khidmat penyerang sayap mereka iaitu Saeid Sadeghi yang akan mencari angin baharu pada musim depan.

Khabar angin berkenaan diterima baik oleh penyokong Persepolis apabila rata-ratanya sudah membayangkan untuk melihat gandingan Arif Aiman dengan penyerang sayap kiri mereka, Oston Oronov.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan penyokong tanah air yang tidak bersetuju sekiranya tonggak Harimau Selatan itu berkelana ke Timur Tengah.

"Kalau pindah takut kena peram pula, culture dan mindset orang luar kena faham, paling penting kena pandai untuk cepat serasi," kata Zids Fx.

"Kekal saja dekat Liga Malaysia, jangan ikut cakap fans,masih muda lagi," kata Mohd Adzwa.

"Aku yakin Arif Aiman akan kekal dengan JDT, kalau dia pergi juga belum tentu terjamin dapat kesebelasan utama, belum tiba masanya buat AA42 berkelana di luar, dekat JDT sudah sebati dengan rakan sepasukan," kata Rohaizat Saadon. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram