[VIDEO] Duka dalam gembira, bintang sensasi Vietnam terpaksa diusung ke hospital saat julang Piala AFF


  • Podium
  • Ahad, 05 Jan 2025

Penjaring terbanyak kejohanan dengan bilangan tujuh gol, Nguyen Xuan Son terpaksa diusung keluar dan dikhabarkan menerima kecederaan serius.

VIETNAM muncul juara Piala Asean 2024 selepas cemerlang menumpaskan juara bertahan, Thailand di Stadium Rajamangala pada Ahad.

Selepas cemerlang membawa bekalan tipis pada aksi pertama lalu, Vietnam terbang ke Bangkok dengan misi besar untuk menafikan hajat Thailand bangkit dan muncul juara di laman sendiri.

Pada babak pertama, Thailand dikejutkan dengan jaringan awal oleh Pham Tuan Hai hasil hantaran jauh Pham Xuan Manh untuk membolehkan Vietnam mendahului di awal permainan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sayang legasi Kedah, tapi ada yang tak cukup' legenda Sang Kenari buka mulut isu realiti sebenar KDA FC

BACA LAGI: 'Kalau pindah takut kena peram', ada fans JDT tak setuju Arif Aiman berkelana ke Iran

Bagaimanapun, tuan rumah kembali mengikat kedudukan 1-1 apabila pemain warisan, Ben Davies berhasil menjaringkan gol pertama hasil rembatan luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol lawan, Nguyen Dinh Trieu.

Bagaimanapun, episod duka Vietnam tiba ketika penjaring terbanyak kejohanan dengan bilangan tujuh gol, Nguyen Xuan Son, terpaksa diusung keluar dan dikhabarkan menerima kecederaan serius pada minit ke-33.

Keputusan itu mengakibatkan Kam Sang-sik terpaksa memasukan penyerang berpengalaman, Nguyen Tien Linh bagi menggantikan pemain berstatus naturalisasi itu.

Bersambung babak kedua, usaha berterusan skuad Gajah Perang memburu gol tambahan akhirnya hadir pada minit ke-64 apabila Supachok Sarachat meledak jaringan kedua untuk mengikat agregat 3-3.

Thailand terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Weerathep Pompham dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-74.

Kelebihan itu dimanfaatkan Vietnam untuk menyamakan kedudukan apabila Pansa Hemviboon tertampan bola ke gawang sendiri.

Pada minit-minit akhir, Vietnam menjaringkan gol ketiga melalui Nguyen Hai Long, yang menolak bola ke gawang Thailand yang kosong.

Aksi di Stadium Rajamangala berakhir dengan keputusan 3-2 sekaligus cukup buat Vietnam muncul selaku juara menerusi keputusan agregat 5-3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram