Dulu tidur petang, Fandi Ahmad kali ini tegur pemain Sri Pahang kurang disiplin, fokus atas padang


  • Podium
  • Isnin, 23 Dis 2024

Meskipun meraih keputusan seri, Fandi Ahmad meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati akan prestasi anak buahnya yang dilihat tidak cukup berdisiplin di atas padang. — Facebook/Sripahangfc

PASUKAN Sri Pahang FC berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia 2024/2025 selepas menewaskan Perak FC dengan agregat 4-3 pada perlawanan suku akhir kedua yang berakhir pada Ahad.

Namun, Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tetap meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati akan prestasi anak buahnya yang dilihat tidak cukup berdisiplin di atas padang, lapor MFL.

Menurutnya, keputusan seri 3-3 pada aksi suku akhir kedua terhasil akibat konsentrasi yang tidak baik oleh para pemain sekali gus menjadikan mereka tercicir beberapa peluang jaringan yang sepatutnya diraih.

BACA LAGI: Tiba masanya Aidil Sharin manfaatkan ex JDT tamatkan badi Kuching berdepan Sabah

BACA LAGI: Menang bergaya ke semifinal, fans Gergasi Merah masih belum maafkan Ronnie

"Kita sepatutnya boleh menjaringkan gol dengan lebih banyak tetapi akibat disiplin pemain yang kurang baik, maka terhasil keputusan seri ini," ujar Fandi Ahmad.

WhatsApp Image 2024-12-23 at 18.09.28 (1)

Hidalgo (kanan) mencetak hatrik untuk memastikan kemaraan buat pasukannya dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia. Facebook/Sripahangfc

Dengan harapan baharu menjelang perlawanan separuh akhir itu nanti, jurulatih kelahiran Singapura itu berharap agar anak buahnya segera sedar dari mimpi dan memandang berat akan cabaran yang perlu dilalui pada aksi seterusnya.

"Mudah-mudahan mereka segera ubah pemikiran dan akan lebih berdisiplin untuk perlawanan seterusnya ini. Kita tidak sepatutnya melakukan kesilapan mudah di hadapan gawang.

"Kita juga masih menunggu siapa lawan kita untuk aksi separuh akhir nanti, tetapi kita akan lebih bersungguh-sungguh dan meletakkan sasaran untuk ke final Piala Malaysia.

"Sri Pahang sudah lama tidak merasa pentas final, jadi kita harap ada kebaikan buat pasukan ini", tambah Fandi Ahmad.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Tok Gajah berjaya menjejakkan kaki di pentas final Piala Malaysia adalah pada tahun 2014 yang menyaksikan mereka menang keatas Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi sepakan penalti (5-3) selepas perlawanan berakhir seri 2-2.

Jadi musim ini, perjalanan mereka ke final Piala Malaysia 2024/2025 masih kurang jelas apabila dua perlawanan separuh akhir akan menjadi cabaran utama Tok Gajah, sama ada bertemu pasukan Sabah FC atau Kuching City FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram