Tiga gol bantu Sang Kenari ke semifinals, fans Hijau Kuning gembira bakat muda KDA terus bersinar


  • Podium
  • Ahad, 22 Dis 2024

KDA FC menjarakkan kedudukan agregat 4-0 menerusi jaringan Hasbullah Abu Bakar pada minit-minit akhir perlawanan. — Facebook/KDAFC

KEDAH Darul Aman FC menempah tiket ke separuh akhir MFL Challenge Cup selepas meraih kemenangan 3-0 aksi bertemu Kuala Lumpur Rovers dalam suku akhir kedua pada Isnin.

Menerusi aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang dalam melakukan serangan.

Meskipun cukup selesa dengan agregat 3-0, Sang Kenari nampaknya masih mahu memberi cabaran kepada lawan dengan menambah satu gol pada babak pertama yang sekali gus menjadikan agregat semasa 4-0.

BACA LAGI: Mula dapat rentak, bintang Liverpool akui lebih selesa dengan Arne Slot berbanding Klopp

BACA LAGI: Arne Slot dedah guna taktikal baharu aksi 'debut' bersama Liverpool

WhatsApp Image 2024-12-22 at 19.08.41

Amirul Hisyam mencetak gol ketiga buat Sang Kenari dalam aksi yang berlangsung di Cheras. — Facebook/MFL

Pertahanan Sang Kenari, Hasbullah Abu Bakar berjaya mencetak satu gol pada minit-minit akhir selepas memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan lawan.

Memasuki babak kedua di Cheras, Sang Kenari mengorak langkah dalam mengubah corak permainan untuk menjarakkan kedudukan.

Pengendalinya, Viktor Andrag membawa masuk empat pemain pada babak kedua untuk merancakkan lagi tempo permainan Sang Kenari.

Manisnya, Sang Kenari terus mendapat suntikan semangat yang luar biasa meskipun berdepan masalah gaji untuk berada dalam kedudukan yang cukup selesa.

Penyerang KDA FC, Aiman Afif terus menambah duka buat KL Rovers apabila mudah menyumbat masuk bola ke pintu gawang pada minit ke-75.

Masih mahu memberikan saingan, KDA FC sekali lagi menambah duka buat pasukan Lembah Klang itu menerusi Amirul Hisyam Awang Kechik yang mencetak gol pada minit-minit akhir aksi di Cheras.

Dengan kemenangan 6-0 secara agregat itu, ramai penyokong Hijau Kuning gembira dengan persembahan yang ditampilkan oleh barisan pemain muda KDA FC.

"Tahniah Sang Kenari, bila ada peluang diturunkan, ramai pemain muda Kedah terus bersinar," kata Najmeen Nasir.

"Tahniah KDA FC, pelapis memang hebat, selepas ini jangan pula lupa pemain muda ini ya," kata Ady Stream.

"Kemaih, lepas ini memang harap 'ubi muda' sajalah turun padang," kata Mohd Asri.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram