'Pertahanan tiada masalah tapi serangan kena tajam', fans harap tonggak JDT, Sabah tembus '1st eleven' HM bertemu Singapura


  • Podium
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Skuad kebangsaan memerlukan kemenangan menewaskan Singapura untuk meneruskan perjuangan ke separuh akhir Piala Asean 2024. — Facebook/FAM

SKUAD Harimau Malaya berdepan misi 'hidup atau mati' bertemu Singapura aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala Asean 2024 pada Jumaat.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu menyaksikan skuad kebangsaan memerlukan kemenangan untuk meneruskan perjuangan ke separuh akhir kejohanan tersebut.

Selepas mengharungi tiga perlawanan sebelum ini, Malaysia berada di tangga keempat dengan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan untuk mengumpul empat mata.

BACA LAGI: Ledak hatrik kemudian dibuang padang, P.Maniam akui Ifedayo tak patut dilayangkan kad merah

BACA LAGI: [VIDEO] Bandingkan kualiti Malaysia-Thailand, pemilik Buriram United mahu TMJ 'sign' lebih ramai pemain import musim depan

WhatsApp Image 2024-12-20 at 14.55.40

Kehadiran Endrick (kiri) untuk menggerakkan jentera tengah dijangka mampu membantu Harimau Malaya melakukan serangan ke kubu lawan. — Facebook/FAM

Thailand yang berada di tangga teratas akan berdepan Kemboja dan penyokong Malaysia berharap skuad Gajah Perang itu menang kerana The Koupreys juga mengumpul empat mata dan mempunyai rekod yang sama dengan Malaysia.

Sekiranya Kemboja melakukan kejutan ke atas Thailand, Malaysia perlu untuk menang lebih besar ke atas Singapura.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong menaruh harapan tinggi agar skuad kendalian Pau Marti Vicente itu meraih kemenangan berharga di hadapan penyokong sendiri.

Penyokong turut berharap skuad kebangsaan memperkukuh serangan untuk menembusi gawang lawan, sambil berharap agar pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Endrick dos Santos dan tonggak Sabah FC, Stuart Wilkin berada dalam kesebelasan utama.

"Bab defence ini tiada masalah sangat, tapi nak skor itu punya payah, dapat 1-0 pun kira okay sudah," kata Shahrul Faezi.

"Wilkin dan Endrick wajib ada untuk first eleven, memang padu kalau ada gandingan dua pemain ini," kata Mohamad Shahrul.

"Semoga Stuart Wilkin dan Endrick first eleven supaya ada gerakan di bahagian tengah," kata Bikolnoiah Bikol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram