Hampa mutu barisan hadapan tapi Haziq Nadzli terima pujian lepas 2 'save' penting minit akhir


  • Podium
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Haziq berjaya memastikan gawang Harimau Malaya tidak dibolosi dengan beberapa aksi menyelamat dipamerkan. — Facebook/FAM

SKUAD kebangsaan hampa untuk melepasi Kumpulan A Piala AFF kerana hanya meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika menerima kunjungan Singapura dalam aksi penutup di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Meskipun menampilkan persembahan memuaskan seperti mana dibuktikan di Thailand, Harimau Malaya kempunan untuk mendapatkan sebarang gol bagi memastikan tiga mata penting.

Percubaan demi percubaan dilakukan juga tidak memecahkan benteng Singapura yang diperkukuhkan kapten pasukan, Safuwan Baharudin dengan beberapa hadangan dibuat pada sepanjang perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bandingkan kualiti Malaysia-Thailand, pemilik Buriram United mahu TMJ 'sign' lebih ramai pemain import musim depan

BACA LAGI: Ledak hatrik kemudian dibuang padang, P.Maniam akui Ifedayo tak patut dilayangkan kad merah

471200693_1293512751721958_6753900617460043167_n

Percubaan demi percubaan Harimau Malaya gagal membuahkan hasil. Facebook/FAM

Tidak cukup dengan itu, jaringan yang diharapkan Harimau Malaya enggan hadir apabila dua percubaan negara terkena palang dengan ia sememangnya mengecewakan puluhan ribu penyokong di stadium.

Bagaimanapun, masing-masing berasa sedikit berpuas hati kerana berjaya mengelak kekalahan kepada pihak lawan dengan kredit harus diberikan kepada barisan pertahanan.

Ini termasuk kepada penjaga gawang, Haziq Nadzli yang melakukan beberapa tepisan penting sepanjang 90 minit, termasuk dua yang dilakukan pada minit-minit akhir permainan.

Hadangan penting itu membuatkan penyokong tampil memberikan pujian terhadapnya meskipun kurang diuji dengan Singapura lebih kerap bertahan.

"Penjaga gol sudah lakukan yang terbaik, barisan hadapan pula mengecewakan. Tak faham saya dengan Harimau Malaya ni. Apa lagi taktikal nak digunakan?" kata Arjuna Malaya Sr.

"Haziq malam ini (Jumaat) jadi wira, anda tak mahu beri pujian ke? Bukan main kamu semua kritik dia sebelum ini. Malam ini sahaja, berkali-kali dia buat tepisan penting," kata JDTFC.

Ketika aksi berdepan Thailand, pemain pinjaman di Perak FC tersebut melakukan kesilapan besar sehingga menyaksikan pasukan negara berputih mata.

Kesilapan berkenaan menyaksikannya menerima kecaman teruk daripada penyokong sehingga ada yang melampaui batas dengan melakukan cemuhan terhadap keluarganya.

Bagaimanapun, Haziq segera bangkit apabila tidak menolak peluang berada dalam kesebelasan utama meskipun tahu terdapat kemungkinan dirinya akan menjadi mangsa sekali lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram