Tak perlu pertikai rekod lama, Cklamovski perlu cepat buat kerja, faham budaya Harimau Malaya


  • Podium
  • Selasa, 17 Dis 2024

FAM telah mengumumkan Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.

KEM Harimau Malaya menerima berita gembira selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan.

FAM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Cklamovski sebahagian daripada revolusi penstrukturan organisasi skuad bola sepak kebangsaan.

Menurut FAM, Cklamovski akan memulakan tugasan secara rasmi bersama FAM pada 1 Januari depan dan misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan H bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027.

BACA LAGI: Tersiksa jadual padat, Syameer Kutty nekad berjuang bersama Harimau Malaya sedang 'kesakitan'

BACA LAGI: [VIDEO] Kad kuning, pemain cedera antara punca taktikal Sabah FC mungkin berubah saat melayan kunjungan The Cats di Likas

Cklamovski.

Cklamovski gemar menggunakan taktikal 4-3-3 bertahan bersama FC Tokyo musim ini.

Mengulas lanjut mengenai pelantikan pengendali skuad kebangsaan itu, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berpendapat bahawa penyokong tanah air tidak perlu mempertikaikan lagi keputusan FAM.

"Kita tidak boleh lagi mempertikaikan sama ada Peter Cklamovski dapat membantu Harimau Malaya atau tidak.

"Dia telah dilantik dan kini tanggungjawabnya adalah untuk membantu pasukan mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu layak ke Piala Asia 2027 dan memastikan Malaysia memperoleh ranking FIFA dalam kalangan 100 terbaik.

"Matlamat ini adalah sasaran yang perlu dicapai oleh Peter Cklamovski. Berdasarkan rekod prestasinya, Cklamovski pernah membantu NG Poster Club membawa Australia menjuarai Kejohanan Asia, itu yang pertama.

"Kedua, Cklamovski juga mempunyai rekod cemerlang dengan Australia yang membawa 17 kejohanan dan beberapa kali melatih pasukan-pasukan Liga Jepun.

"Namun, tidak dinyatakan sama ada Cklamovski memenangi kejuaraan Liga Jepun atau sebaliknya," katanya kepada Majoriti.

Rekod Cklamovski

Rekod formasi yang digunakan oleh Cklamovski bersama FC Tokyo.

Menurutnya lagi, Cklamovski merupakan individu yang sesuai untuk mengendalikan Harimau Malaya berdasarkan rekod yang pernah diraihnya.

"Rekod prestasi Cklamovski memang baik, termasuk pengalaman melatih pasukan di Jepun dan Australia.

"Namun, saya rasa kita tidak perlu lagi membuat spekulasi atau telahan. Kita boleh tunggu dan lihat pencapaiannya kerana kita sudah pun melantiknya dan dia akan memulakan tugasnya tidak lama lagi.

"Keputusan untuk membawa Cklamovski masuk telah dibuat setelah FAM dan individu yang terlibat melakukan kajian mendalam.

"Sekarang, kita tidak boleh lagi mempertikaikan keputusan itu. Apa yang penting, Cklamovski perlu belajar dengan cepat dan memahami budaya kita kerana tugasnya sudah bermula setelah dilantik," jelasnya.

Cklamovski merupakan bekas pengendali Tokyo FC dari Australia memiliki pengalaman lebih 15 tahun bekerja di bawah pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou.

Selain itu, Cklamovski turut berjaya bersama pasukan kebangsaan Australia menjuarai Piala Asia 2015 serta Liga J1 2019 bersama Yokohama F Marinos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram