
RUDIGER Koch, seorang jurutera aeroangkasa berusia 59 tahun dari Jerman menemui cara unik untuk mencipta rekod dunia.
Istimewanya ia tidak melibatkan operasi di daratan, malah 11 meter di bawah permukaan laut.
Sejak dua bulan lalu, Kocg tinggal di dalam sebuah kapsul di dasar laut iaitu di pantai Panama, Florida, Amerika Syarikat (AS) dan berhasrat untuk bertahan selama lebih dua bulan lagi dengan rekod yang diidamkan sebagai matlamat utama.
BACA LAGI: [VIDEO] Menyanyi terapi terbaik Khalyn Mulyani, 'padam' ejekan hitam, pendek ketika zaman sekolah
Misi Koch untuk memecahkan rekod itu dilaksanakan sambil mengamati keindahan kehidupan laut. — Agensi
Koch yang juga berkeluarga dan tinggal di dalam kapsul seluas 30 meter persegi itu turut menggambarkan keadaan kehidupannya di dasar laut dengan pelbagai cabaran.
"Kali terakhir saya periksa, saya masih berkahwin," katanya sambil sambil melihat ikan yang berenang di luar kapsul.
Meskipun terlihat tenang, Koch juga mempunyai tujuan yang jauh lebih besar daripada sekadar mencatatkan rekod.
Baginya, misi itu adalah untuk membuktikan bahawa lautan boleh menjadi persekitaran yang berdaya maju untuk kehidupan manusia.
"Pergi ke dalam lautan adalah sesuatu yang kita patut lakukan sebagai makhluk (spesis)," katanya yang menekankan visi untuk mengembangkan pemikiran manusia tentang tempat tinggal abadi.
Pemandangan rumah yang dikenali sebagai SeaPod Alpha Deep yang terletak di atas dasar laut dan disambungkan dengan kapsul Koch. — Agensi
Koch juga setakat ini menghabiskan selama 120 hari di dalam pod kapsul bulat itu demi menunjukkan bahawa lautan boleh menjadi sempadan baharu untuk kehidupan manusia.
Mengulas lanjut, kapsul yang dihuni oleh Koch ternyata lengkap dengan pelbagai kemudahan moden seperti katil, tandas, televisyen, komputer, jaringan internet dan basikal senaman.
Kapsul itu juga disambungkan ke ruang yang terletak di atas permukaan laut yang merupakan tempat tinggal ahli pasukan Koch lain.
"Di situlah makanan dan bekalan disalurkan dan jaringan komunikasi dengan dunia luar dapat dilaksanakan.
"Pada masa sama, ruang bawah laut ini berfungsi sebagai terumbu tiruan yang memberi manfaat kepada ekosistem laut, memberikan perlindungan kepada ikan dan menggalakkan kehidupan marin," jelasnya.
Kapsul Koch yang dilengkapi dengan kemudahan seperti di rumah. — Agensi
Terinspirasi oleh novel Twenty Thousand Leagues Under the Sea oleh Jules Verne, Koch berharap untuk melebihi rekod 20 hari yang dipegang oleh warga AS, Joseph Dituri yang berjaya menghabiskan 100 hari di dalam tasik Florida.
Bagi menjayakan misi itu, Koch memanfaatkan teknologi canggih termasuk menggunakan empat kamera yang merakam setiap pergerakannya.
Ia bukan sekadar bertujuan untuk menghasilkan dokumentari, tetapi juga untuk memantau kesihatan mentalnya sepanjang tinggal di dasar laut.
Koch juga berkesempatan berkongsi tentang cabaran yang sering dihadapinya sepanjang melaksanakan misi tersebut.
"Ribut lebat yang melanda hampir menamatkan misi ini, tetapi dengan sokongan pasukan yang mngendalikan sistem tenaga, saya masih boleh bertahan.
"Dalam tempoh ini, pelawat utama yang datang untuk melihat Koch hanyalah doktor, anak-anak dan isterinya," katanya lagi.
Visi Koch sekali gus mendapat sokongan daripada seorang libertarian dari Kanada, Grant Romundt yang bersama-sama dengannya membayangkan komuniti berasaskan laut serta bebas dari kawalan kerajaan.
Meskipun masih banyak perjalanan yang perlu ditempuhi, Koch menjelaskan bahawa dia mempunyai perancangan lebih banyak selepas kembali ke darat.
"Projek ini bukan sahaja tentang mencatat rekod dunia, tetapi juga memperkenalkan konsep kehidupan manusia di dasar laut.
"Jika berjaya, ia berpotensi untuk mengubah cara kita berfikir tentang masa depan kediaman manusia dan tempat di mana kita boleh hidup serta mencipta satu lagi dimensi dalam peradaban manusia," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram