‘Tunggu dan lihat’, Kim Swee masih berteka-teki namun spekulasi kembali ke FAM semakin nyata


  • Podium
  • Ahad, 24 Nov 2024

Sesi penyampaian cenderahati kepada Kim Swee yang disampaikan oleh pengurus pasukan, En Raffie Robert. — Facebook/Sabahfc

SABAH FC memberi hadiah perpisahan sempurna buat pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee selepas membelasah PT Athletic FC 4-0 pada aksi pertama Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

Perlawanan itu juga merupakan aksi terakhir pengendali The Rhinos tersebut selepas 36 bulan bersama kelab Borneo berkenaan.

Hal ini kerana, bekas jurulatih kebangsaan itu sebelum ini mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan skuad Sang Badak selepas kontraknya tamat pada 30 November dan perlawanan menentang PT Athletic merupakan aksi yang terakhir bersama pasukan tersebut.

BACA LAGI: Hanya seri di Temerloh, kesungguhan Selangor, Sri Pahang beraksi 'dalam bendang' pula jadi perhatian

BACA LAGI: 'Kalau dunia korporat, dah lama kena pecat', pakar bimbang Hamidin 'rosakkan' FAM jika terus kekal

photo_6204238082396505574_y

Kontrak Kim Swee bersama Sabah FC akan tamat pada 30 November. — Facebook/Sabahfc

Perlawanan timbal balik antara Sabah FC dan PT Athletic dijadualkan berlangsung di venue yang sama pada Rabu (27 November).

Dengan kemenangan itu, Kim Swee berkata, dia berpuas hati dengan permulaan positif pasukannya dan memberi galakan agar mereka terus mengekalkan momentum tersebut dalam perlawanan seterusnya.

Walaupun terdapat desas-desus mengenai masa depannya, Kim Swee bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan ke manakah destinasinya selepas ini.

"Saya tidak akan melupakan pengalaman saya di Sabah, sokongan daripada pasukan, peminat dan orang ramai amat luar biasa dan saya akan sentiasa menjadi penyokong kelab ini.

“Terdapat khabar angin mengenai masa depan saya, tetapi apa yang saya boleh katakan, tungu dan lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

Kim Swee sebelum ini dikhabarkan berkemungkinan besar akan kembali berkhidmat di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

Bukan itu sahaja, khidmat Kim Swee turut ditagih oleh salah sebuah kelab yang berpangkalan di Indonesia iaitu Persis Solo. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram