AKSI pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2024 akan menyaksikan pertembungan menarik antara Kuala Lumpur Rovers dan pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Rabu itu akan menyaksikan wakil kelab Liga A1 Semi Pro itu bakal menguji kekuatan sebenar skuad Harimau Selatan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu pastinya mahu meneruskan rentak kemenangan selepas menumbangkan Perak FC dengan keputusan 5-0 saingan Liga Super 2024 selain masih kebal dalam saingan domestik apabila belum mencatatkan sebarang kekalahan.
BACA LAGI: Sudah bertahun-tahun beraksi di Liga M, 3 import termasuk tonggak Sang Kenari masih ketandusan trofi
BACA LAGI: Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag
Penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva dijangka akan membantu JDT meraih kemenangan bertemu KL Rovers. — Facebook/JDT
Berbeza cerita dengan JDT, KL Rovers dijangka menampilkan persembahan yang kurang memuaskan kerana sebelum ini dilaporkan berdepan dengan isu gaji dan enggan turun beraksi bertemu JDT.
Bukan itu sahaja, pasukan Lembah Klang itu kini dikhabarkan bakal dijual untuk memastikan masa depan pemain dan pegawai pasukan terjamin.
Kenyataan daripada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menambah lagi kebimbangan mengenai semangat pasukan KL Rovers yang dijangka 'pudar'
Oleh itu, tidak mustahil sekiranya pasukan pelawat tersebut akan tewas dan kemenangan milik skuad Harimau Selatan.
Kemenangan itu turut disokong oleh 'ekor' Harimau Selatan yang dapat meramalkan akan berlaku pesta gol di SSI.
"KL Rovers 0-6 JDT, semoga kemenangan milik Harimau Selatan," kata Hamba Tuhan.
"Sudah boleh agak keputusannya, permainan bosan, memang sah-sah JDT menang," kata Aff.
"Akan ada pesta gol di SSI, perlawanan bertemu KL Rovers ibarat training petang buat JDT," kata Tarmizi Solusi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram