[VIDEO] 'Usaha kecil tapi impak besar', ramai terkesan YB Akmal Saleh bantu akak habis minyak motor


  • Massa
  • Sabtu, 09 Nov 2024

Tangkap layar video memaparkan Muhamad Akmal membantu dua beranak yang terkandas baru-baru ini.

USAHA kecil dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dipuji ramai selepas membantu dua beranak yang berada dalam kesusahan di lebuh raya baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik di Facebooknya pada Khamis lalu, kelihatan seorang ibu dan anak perempuannya dibantu Muhamad Akmal kerana motosikal dinaikinya kehabisan minyak.

Dalam video sama, Muhamad Akmal mengarahkan pembantunya membelikan minyak petrol untuk diisi ke dalam motosikal wanita terbabit.

BACA LAGI: Sempat terima panggilan sebelum 2 beranak maut kena tikam di P.Pinang lepas tolak lamaran

BACA LAGI: Lebih tenang hidup sederhana, jual mengkudu sara hidup, Nur Amira bukti wanita lasak boleh bahagia ikut cara sendiri

Bukan itu sahaja, beliau juga bertindak memanggil beberapa anggota polis trafik untuk mengawasi keadaan jalan dan memastikan keselamatan mereka.

"Pernah dahulu motor saya rosak di tepi jalan, masa tu berdoa sangat ada orang berhenti tepi dan bantu, tetapi malangnya tiada.

"Jadi, tadi ternampak akak ni dan anaknya menolak motor di tengah panas, terus terbayang keadaan saya ketika dahulu dan tidak sampai hati nak biarkan mereka kepanasan," luahnya.

Video itu sekali gus meraih perhatian orang ramai kerana terharu melihat kebaikan kecil itu.

Rata-rata warganet juga memuji tindakan yang seharusnya menjadi contoh positif kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Alhamdulillah, bukan nak puji, tetapi, macam inilah pemimpin yang kita cari.

"Walaupun sekecil-kecil bantuan, tetapi impaknya sangat besar kepada rakyat. Tahniah, saya sangat bangga dengan bantuan yang diberikan kepada rakyat," komen Saifulnizam Ismail.

"Syukur, usaha tampak kecil, tapi berimpak besar. Memang itulah lumrah wakil rakyat yang perlu berkhidmat. Beruntunglah rakyat yang dapat wakil benar-benar berkhidmat," puji Ahmad Shah Haji Taib. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram