Gagal ke peringkat semifinal, futsal Malaysia disaran panggil Mat Don


  • Podium
  • Rabu, 06 Nov 2024

Keputusan perlawanan menentang Timor Leste kekal 0-2 berpihak kepada Malaysia sehingga ke penghujung babak kedua berakhir. — Facebook/FAM

PASUKAN futsal kebangsaan menutup saingan Kejuaraan Futsal Asean 2024 mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Timor Leste dalam aksi keempat peringkat kumpulan A di Terminal 1, Nakhon Ratchasima, Thailand pada Rabu.

Perlawanan bertemu Timor Leste itu hanya sekadar pelengkap jadual apabila sebelum ini merekodkan kekalahan di tangan kuasa besar Asia Tenggara, Thailand dengan keputusan 1-3 pada Selasa.

Dalam aksi terakhir itu, skuad kendalian Rakhpol Sainetngam menurunkan Syawal Sabaruddin, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, Harith Naim, Awaluddin Nawi dan Danial Dain sebagai pemain utama. Manakala, tujuh lagi pemain diletakkan dalam senarai simpanan.

BACA LAGI: Kalah nasib, bintang futsal Selangor selamatkan Malaysia elak malu besar diaibkan Vietnam

BACA LAGI: Letak tepi teruja jumpa bekas anak murid, Pan-gon lebih gerun beraksi di SSI

Babak pertama perlawanan bermula dengan garang apabila bintang muda Selangor FC iaitu Syahir Iqbal mencetak jaringan pendahuluan seawal minit ketiga bagi meletakkan Malaysia di hadapan 1-0.

Walaupun pasukan lawan cuba untuk mencari gol penyamaan namun tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Awaluddin Mat Nawi berhasil melebarkan kedudukan dengan jaringan kedua buat Malaysia di minit ke-30.

Selepas masing-masing pasukan cuba untuk mendapatkan dari peluang yang terhidang namun keputusan perlawanan kekal 0-2 berpihak kepada Malaysia sehingga ke penghujung babak kedua berakhir.

Kedudukan akhir carta kumpulan A menyaksikan Malaysia berada di tangga ketiga dengan enam mata sementara Timor Leste berada di tempat keempat dengan tiga mata daripada empat aksi.

Kegagalan pasukan tanah air untuk meneruskan misi ke separuh akhir Kejuaraan Futsal Asean 2024 itu jelas kurang digemari penyokong selepas ia mengulang sejarah hitam terkandas di peringkat kumpulan untuk edisi 2022.

Kekalahan itu menyebabkan ada yang salahkan taktikal jurulatih kelahiran Thailand berkenaan dan tidak kurang juga segelintir peminat meletakkan kesalahan di bahu sesetengah pemain kebangsaan.

Tidak semuanya penyokong melemparkan kritikan apabila ada yang mencadangkan agar pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dipanggil untuk beraksi bersama pasukan tanah air.

"Ada Liridon boleh main futsal tak nak panggil. Habis itu bagi IC (kad pengenalan) buat apa," kata salah seorang penyokong futsal negara, Hasbuljalil.

Cadangan itu bukan sekadar lemparan kritikan susulan Liridon atau mesra dengan sapaan Mat Don berpengalaman beraksi dalam saingan futsal di Jerman yang dinamakan sebagai Ballers League. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram