PASUKAN tuan rumah, Johor Tigris berjaya menamatkan saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Johor sebagai juara Kumpulan A.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena Larkin, Johor itu, pasukan kendalian Jamaluddin Hassan berhasil menundukkan cabaran Negeri Sembilan Antlers secara straight set dengan keputusan 15-12,15-11.
Dengan kemenangan itu, Johor Tigris sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya mara ke pusingan suku akhir buat kali ketiga.
BACA LAGI: Maaf Sabah, ada 3 sebab slot ACL2 masih kekal milik Selangor musim depan
BACA LAGI: Terlalu awal fikir kedudukan liga, saya lebih risau jumlah gol bolos Sabah — Kim Swee
Meksipun berjaya mara ke suku akhir namun hasrat untuk ke pusingan seterusnya sebelum ini tidak kesampaian apabila terkandas ketika bertemu Selangor Pistons (15-13,16-17,7-15) bagi GP Perak dan Terengganu Turtles (15-12,15-8) GP Penang.
Bagaimanapun, kejayaan yang dilakar oleh Johor Tigris di hadapan penyokong sendiri itu nyata mendapat pandangan berbeza daripada peminat sepak takraw tanah air.
Hal ini kerana, menurut mereka di ruangan komen, pasukan Negeri Sembilan seolah-olah mahu mengelak lebih awal untuk bertemu juara bertahan, Kuala Lumpur Thunder dalam pusingan suku akhir.
Dalam pada itu, penyokong berpendapat bahawa Negeri Sembilan sengaja tewas kepada Johor Tigris kerana enggan bergelar juara Kumpulan A.
Hal ini kerana, sekiranya Negeri Sembilan bergelar juara dalam kumpulan, mereka akan secara automatik bertemu KL Thunder yang merupakan naib juara Kumpulan C selepas tewas kepada Perak Bison 2-1 (6-15,15-8,10-15).
"Aku tengok game Johor vs Negeri Sembilan ini, nampak macam Negeri Sembilan memang sengaja nak target naib juara sebab nak elak KL Thunder, mereka tahu KL Thunder sukar nak dikalahkan," dakwa Azmeer Zainal.
"Bukan main suka lagi ya penyokong Johor Tigris, mesti mereka tak tahu Negeri Sembilan memang sudah plan awal tak nak jumpa KL Thunder," kata Fadzil Putra.
"Johor Tigris ini tak perasaan ke kena game dengan Negeri Sembilan, menang 2-0 pula itu, memang susahlah nak menang kalau lawan KL Thunder," kata John Labu.
Johor Tigris akan memulakan saingan suku akhir bertemu KL Thunder tepat pukul 9.30 malam Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram