NEGERI Sembilan FC akan menggalas tugas berat apabila dijadual bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super 2024 pada Jumaat.
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan akan menyaksikan pertembungan menarik antara pendahulu liga dan pasukan di tangga tercorot.
Di atas kertas, kemenangan sudah pasti memihak kepada pasukan yang berpangkalan di Selatan tanah air itu apabila masih lagi tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan liga.
BACA LAGI: Maaf Sabah, ada 3 sebab slot ACL2 masih kekal milik Selangor musim depan
Barisan pemain skuad Jang dilihat sudah bersedia untuk menghadapi cabaran Harimau Selatan. — Facebook/NSFC
Berbeza pula dengan Negeri Sembilan yang kini berada dalam prestasi kurang cemerlang apabila mencatatkan lapan kekalahan dan hanya meraih satu kemenangan dalam saingan liga musim ini.
Meskipun keputusan akhir sudah dapat dijangkakan namun ramai penyokong skuad Jang berharap agar barisan pemain Negeri Sembilan menampilkan gaya permainan yang baik.
"Tak minta banyak cuma tunjukkanlah yang kita masih boleh main tersusun dan tidak gelabah sampai jadi bahan kutukan satu Malaysia," kata Razali Ismail.
"Asalkan permainan cantik peminat sudah puas hati, kita tahu kekuatan lawan macam mana, tapi cubalah bagi saingan sengit, itu yang kami nak tengok," kata Azizul Hakim.
"Kalau tengok lawan memang sukar nak menang tapi tolonglah bagi gaya permainan yang cantik, jangan biarkan pintu gawang banyak bolos," kata Hafizz Yusof.
Negeri Sembilan akan melayan kunjungan daripada Harimau Selatan dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pukul 8.30 malam Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram